Wednesday, July 31, 2013

Tips / Pesanan Membeli secara Online semasa musim Perayaan

Salam Pembaca yang kami hargai.
 Hari Raya bakal tiba lagi. Disini saya ingin berkongsi sedikit Tips/Pesanan kepada bakal pembeli yang amat kami hargai untuk pembelian semasa musim perayaan.

1. Memastikan alamat penghantaran adalah lengkap setelah membuat pembayaran.

2. Sertakan nama penerima dan juga no telefon yang boleh dihubungi untuk memudahkan semakan oleh Pos Malaysia.

3. Setiap penghantaran di Kairina Selections menggunakan khidmat Pos Parcel Domestik. Perkhidmatan pos laju di tawarkan atas permintaan pelanggan.

4. Rancang pembelian untuk mengelakkan kelewatan. Jangkamasa penghantaran ke Semenanjung adalah diantara 4-7 hari berkerja, manakala Sabah/Sarawak diantara 10-14 hari berkerja.

5. Jika tiada penerima di rumah, Pos Malaysia akan menyisipkan slip penghantaran yang boleh dituntut di Pos yang terdekat. Kebanyakkan Kaunter Tuntutan Pos Laju di buka sehingga jam 8 Malam.

Kami di Kairina Selections sentiasa akan "update" pelanggan mengenai status bungkusan anda dari semasa ke semasa. Ini adalah matlamat kami untuk setiap barang yang kami kirimkan seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan kami.

Terima kasih diatas sokongan anda selama ini. Kepuasaan anda keutamaan kami.:)


No comments:

Post a Comment