Wednesday, July 31, 2013

Tips / Pesanan Membeli secara Online semasa musim Perayaan

Salam Pembaca yang kami hargai.
 Hari Raya bakal tiba lagi. Disini saya ingin berkongsi sedikit Tips/Pesanan kepada bakal pembeli yang amat kami hargai untuk pembelian semasa musim perayaan.

1. Memastikan alamat penghantaran adalah lengkap setelah membuat pembayaran.

2. Sertakan nama penerima dan juga no telefon yang boleh dihubungi untuk memudahkan semakan oleh Pos Malaysia.

3. Setiap penghantaran di Kairina Selections menggunakan khidmat Pos Parcel Domestik. Perkhidmatan pos laju di tawarkan atas permintaan pelanggan.

4. Rancang pembelian untuk mengelakkan kelewatan. Jangkamasa penghantaran ke Semenanjung adalah diantara 4-7 hari berkerja, manakala Sabah/Sarawak diantara 10-14 hari berkerja.

5. Jika tiada penerima di rumah, Pos Malaysia akan menyisipkan slip penghantaran yang boleh dituntut di Pos yang terdekat. Kebanyakkan Kaunter Tuntutan Pos Laju di buka sehingga jam 8 Malam.

Kami di Kairina Selections sentiasa akan "update" pelanggan mengenai status bungkusan anda dari semasa ke semasa. Ini adalah matlamat kami untuk setiap barang yang kami kirimkan seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan kami.

Terima kasih diatas sokongan anda selama ini. Kepuasaan anda keutamaan kami.:)


Tuesday, July 23, 2013

Tupperware Katalog Online 5/2013 - Sementara stok masih ada.. :)

Salam pembaca sekalian..
Terlebih dahulu Salam Ramadhan saya ucapkan. Semoga kita dapat membuat ibadah yang banyak sempena bulan yang mulia ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mana post katalog baru.?
Maaf saya pohonkan kerana terlambat untuk postkan katalog terbaru untuk kali ini. Terdapat banyak urusan yang saya terpaksa uruskan terlebih dahulu.

Oklah untuk tidak membuang masa lagi.
Ini adalah sebahagian daripada katalog terbaru bersempena bulan Ramadhan ini. Untuk Katalog yang lengkap bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkannya atau layari facebook rasmi kami di Kairina.Selections. :)










Banyak yang menarik kan..? Antara yang menarik sudah tentunya Blossom Condimate Set, Windows Canister dan tentunya Elegant High Glasses. Untuk set Elegant ini saya juga tawarkan untuk set of 4. Layari facebook kami untuk tawaran hebat tersebut. :)

Emmmmm sudah tentu dengan membeli dengan kami adalah lebih berbaloi-baloi. Siap ada gift lagi.. Hubungi kami sekarang di Aini 013 331 3918 untuk membuat tempahan. Sementara stok masih ada tau.

Jumpa lagi. :)