Wednesday, May 15, 2013

Cara mendapat komisen dalam Tupperware

Salam semua

Lama betul tak menulis dalam blog ini... Nak kata jadi calon pilihanraya yang lepas tak juga ... :)
Okaylah untuk post kali ini saya ingin menerangkan dan berkongsi serba sedikit mengenai perkara di bawah..

Bagaimana mendapat komisen / commission dalam Tupperware.?

Ramai orang bertanya
"Macamana nak dapat komisyen..? Saya dah lama join, beli pun dah beribu-ribu ringgit tapi tak pernah dapat komisyen pun.?"

Okay macam ni. Jika kita ingin mendapat komisyen ada beberapa perkara yang kita perlu ketahui.
Pengiraan ini adalah terpakai untuk Senior Consultant sahaja. Director keatas lain pengiraannya.

1. Pengiraan komisyen dilakukan pada setiap hujung bulan.
2. Secara ringkasnya.. Pembayaran berdasarkan.  Jumlah jualan Team/Down-line x 3% (peratus) x 0.75.

Katakan pada bulan Januari (1 hingga akhir 31hb) 
Jumlah jualan Team/Down-line adalah RM1000

Maka pengiraannya adalah (1000) x 0.03 x 0.75 = RM 22.50

"Mengapa perlu darab 3% ... dan mengapa perlu darab 0.75 pulak.? kan dah jadi sikit.. ? :)"

3% atau 0.03 adalah jumlah peratusan komisyen yang diberikan bagi setiap jualan consultant.
0.75 adalah kerana kita telah pun mendapat potongan 25% bagi setiap produk yang kita beli.
(Dengan mendaftar sebagai ahli, kita layak untuk potongan 25% bagi setiap barang dalam katalog)

3. Hanya Senior Consultant dan rank keatas sahaja layak untuk menerima komisyen. Iaitu dengan kata lain mempunyai 2 orang downline atau lebih. Senior Consultant juga perlu membuat Jualan Peribadi (Personal Sales) berjumlah RM 500, barulah layak menerima komisyen pada bulan tersebut.

Saya maklum ramai bakal consultant yang akan kata "Alahai sikitnya komisyen..susah pulak tu"..
Itu belum lagi bakal pembeli kata.. "Ala jual murah-murah dahlah.. ko dapat komisyen apa."

Tak ramai pembeli yang tahu mengenai tahap kegetiran seorang consultant ketika meniaga tupperware ini. Kadang-kadang ada consultant sanggup buat "Kerja Kebajikan" dengan menjual harga kos, hanya kerana nak jaga tali silaturahim..  Tapi inilah hakikatnya.. Tuan-tuan dan puan..  Inilah CABARANNYA... Bukan senang nak senang.. dan bukan susah nak susah pun.. Inilah pahit getir yang perlu kita lalui apabila bergelar Consultant Tupperware.

TETAPI... Jika kita benar-benar mahu berjaya dalam bidang ini, KESABARAN adalah salah satu perkara yang paling penting. Bila kita dah mula mencium bau-bau kejayaan nanti, KEBEBASAN KEWANGAN adalah terjemahan usaha gigih kita.

Pada pendapat saya, kerjaya sebagai Consultant Tupperware yang berjaya hanya bermula jika kita dapat mengorak langkah sebagai DIRECTOR. Bukan tak boleh berjaya sebagai consultant biasa...Bolehhhh.. tapi perjalanan agak berliku..Sebab itu ramai yang menarik diri...

Tanamkan cita-cita, suatu hari nanti "Aku akan bergelar Director". Anda boleh lakukan. Saya akan sentiasa berada disisi anda untuk BERJAYA  (Saya ada menerangkan serba sedikit mengenainya dalam post di sini). 

Bagi saya sendiri keseronokan menjual sendiri Tupperware dan bertemu rakan-rakan juga pembeli adalah lebih menguntum SENYUMAN daripada mengharapkan komisyen. Sebab itu saya senantiasa menghargai setiap consultant saya dengan memberikan penghargaan kepada mereka walaupun tidak sebanyak mana. Mereka dan anda semualah "bisnes partner" saya.

Insya Allah.. Saya akan bantu langkah demi langkah bagi setiap consultant kendalian saya jika benar-benar mahu berjaya dalam bidang ini. Saya akan kongsikan tips dari semasa ke semasa supaya kita sama-sama berjaya. Hubungi saya di 013 331 3918 untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.






15 comments:

  1. slm sis.....mohon share bole?untuk pencerahan kat downline sy yg sibuk nak check walaupun dia xde downline....n sibuk tanya sy kenapa dia xde downline......

    ReplyDelete
  2. Boleh saja sis.. Silakan... Takda masalah. :)

    ReplyDelete
  3. Salam..yan pun nak share juga..saya under TP juga.. boleh x sis?

    ReplyDelete
  4. mcm mana nk achieve DIQ ya sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada hasnan mat ghani boleh follow blog saya ada saya terangkan bagaimana nak achieve and complete diq .. Kalau di bawah team saya memang saya coach personally..tapi tak mengapa..Insya Allah.. mana yang mampu saya akan tolong ya. :)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete