Ada yang hanya ingin membeli untuk diri sendiri dan ada juga yang ingin berniaga..
Kepada yang mula ingin berniaga. Tahniah saya ucapkan.!!
Anda sudah mula mengorak langkah pertama kearah kebebasan kewangan..
Walaubagaimanapun untuk berniaga dan berjaya dalam bisnes tupperware ini ada banyak cara, syarat2 dan kaedahnya.
Disini saya ingin berkongsikan pengalaman saya sendiri, tips dan juga step ke arah menjadi seorang yang bergelar Director Tupperware. Saya juga masih bertatih..Banyak lagi yang saya perlu belajar dengan sifu-sifu di luar sana.. Cuma nak kongsi pengalaman jer ni.. :)
Langkah pertama kita adalah berdaftar sebagai seorang Consultant. (CT)
- Langkah ini dimulakan dengan mendaftar sebanyak RM 70 (pendaftaran normal) dengan mana-mana consultant lain yang pernah mendaftar dengan tupperware sebelum ini.
- Setiap penyertaan baru akan menerima beg starter kit. Bermula bulan Februari 2013 nie starter kit dah bertukar. Nantikan kemunculannya.
- Untuk pengetahuan semua, bagi setiap Consultant Tupperware anda layak menerima diskaun yang MEGA hebat bagi setiap barangan.
- Strategi memilih upline juga penting, kita tak mahu upline yang tidak mahu menjaga kebajikan kita kan..? :) Saya amat bertuah mempunyai seorang upline yang amat menjaga anak buahnya. Semua pertanyaan dijawapnya tanpa mengenal jemu.
- Saranan saya jika kita ingin menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya, pilihlah upline yang terbaik buat anda.
Saya bertuah menjadi sebahagian daripada organisasi dan team yang hebat :) Team ini pada saya amat aktif dan sentiasa mendekati setiap consultant di bawahnya. Bukan sahaja sentiasa membuat pelbagai aktiviti,party, road show, karnival dan demo malahan terlalu-lalu banyak free gift diberikan kepada setiap ahli keluarganya. Tiap kali join gathering mesti dapat gift.. Di bawah merupakan sebahagian daripada gift yang saya terima tak sampai satu bulan.!! Banyak kan..?
Mungkin kita ingin mendaftar dengan kawan atau saudara kita. Tapi jaminan hubungan berterusan dan galakan sebagai mentor dan mente belum tentu lagi. Beli dan pakai sendiri maybe okay but siapa tahu suatu hari nanti kita mahu mula berniaga..? Kena carik pulak mentor yang lain.. :)
Di organisasi kami sentiasa memberikan semangat dan galakan kepada setiap consultant yang bercadang ingin menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya. Insya Allah saya juga akan menjaga setiap satu consultant yang mendaftar dengan team kami seperti mana semua consultant kami lakukan. Hadiah-hadiah pun banyak saya sediakan untuk setiap consultant kendalian saya.
Langkah kedua adalah bergelar Senior Consultant. (SCT)
- Sebagai Senior Consultant (SCT) anda dah mula layak menerima Komisen/Commission
- Untuk bergelar SCT anda perlu sign up 2 orang atau lebih sebagai consultant baru (CT) di level 1 atau Level 2.
- Syarat terbaru dari Tupperware, setiap consultant baru (CT) perlu membuat pembelian RM 150 untuk melayakkan diri untuk dikira status sebagai "Qualified Consultant".
- Mereka yang anda rekrut tadi tak beli RM 150 pun takpa sebenarnya, tapi kalau mereka tak menjadi "Qualified Consultant" anda mungkin tak akan rank up jadi Senior Consultant (SCT).
- So kesimpulannya mudah, Anda sebagai SCT perlu rekrut sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih Qualified Consultant".
- Perlu diingatkan setiap consultant baru (CT) juga HENDAKLAH membuat pembelian tersebut sebelum akhir bulan mereka mendaftar. Sebagai contoh daftar Januari, pembelian RM 150 perlu dilakukan sebelum 31 Januari.
- Bagi anda sendiri sebagai SCT. Anda perlu maintain personal sales sebanyak RM500 untuk layak menerima "Overriding Bonus".
- Overiding bonus nie adalah sebanyak 3% bagi setiap consultant di level 1,2, dan 3.
Takpa saya sentiasa sedia membantu. Hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut.
Di post sini ada saya terangkan serba sedikit mengenai cara-cara dan syarat untuk mendapatkan komisyen. Boleh baca ya. :)
Semasa saya di dalam rank ini dulu, saya cuba mengumpulkan sebanyak mungkin consultant baru (CT). Alhamdulillah dalam masa 2 minggu saya berjaya mengumpulkan lebih daripada 10 orang untuk mendaftar sebagai consultant baru (CT) yang juga "Qualified Consultant". Terima kasih saya ucapkan kepada semua downline saya ini. Tanpa mereka siapalah saya. Saya ingin merakamkan sepenuh penghargaan kepada mereka yang percaya dan yakin kepada produk tupperware amnya dan team saya secara khusus.
Ada pula yang bertanya kenapa perlu rekrut ramai orang.?
Tak perlu sebenarnya,dua orang pun cukup jika mereka di bawah kita aktif. Tiada masalah..:)
Tetapi dari pengalaman saya hanya 10% golongan yang aktif dan akan menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya mereka, Lebihan 90 % hanya membeli untuk diri sendiri. Lebih banyak rekrut lebih mudah kita mencapai target sale.
Dengan Team Kami, kami akan sentiasa memberikan galakan dan bantuan yang semampunya. Kami akan sama-sama membantu anda mencapai target sale yang diperlukan. Biar kita sama-sama naik. Betul..?
Untuk pengetahuan semua bermula bulan Februari 2013 ini sehinggalah akhir tahun saya ada cabaran yang sungguh menarik dan meletop. Ini sebagai penghargaan dan galakkan kepada semua consultant yang telah dan akan mendaftar dengan kami.
Tunggu ya.. baca sehingga habis artikel ini. :)
Langkah ketiga. Sebagai DIQ (Director in Qualification)
Sebelum bergelar director, pihak pengurusan Tupperware telah menetapkan cabaran mereka.. Ianya di panggil DIQ atau Director-in-Qualification Program.
Sebenar-benarnya langkah menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya bermula jika anda bergelar sebagai Director. Bukan tak boleh sebagai Senior Consultant (SCT) untuk berjaya tapi dengan menjadi Director, bonus yang anda bakal terima lebih tinggi. (untuk pengiraan bonus saya akan terangkan dalam artikel yang akan datang pula)
Ini cabarannya.
- Jumlah Team Sales sebanyak RM 14 ribu dalam masa 2 bulan.
- Jumlah "Qualified Consultant" bagi level 1 adalah 6 orang atau lebih.
- Jumlah keseluruhan Consultant baru (CT) bagi level 1,2,3 adalah 15 orang.
Nanti dulu.!!!! RM 14 ribu memang nampak banyak. Tapi sebenarnya anda mampu lakukan.
Saya boleh.. Anda pun Boleh..!
- 14 ribu adalah Retail Sales bukannya sales selepas diskaun.
- 14 ribu adalah jumlah keseluruhan sale bagi Level 1, Level 2 dan Level 3 dibawah kendalian anda.
- 14 ribu bukanlah anda seorang kena buat, Semua orang dalam team anda akan membantu.
- 14 ribu tidak mustahil!.. Anda mampu lakukannya.!! Kita mampu lakukan.!!
Ingat tak lagi cadangan saya semasa anda di rank Senior Consultant (SCT) untuk hire seramai mana consultant baru (CT) yang boleh. Dengan lebih ramai CT, lebih mudah anda mencapai target sale tersebut. Banyak lagi tips-tips yang saya boleh kongsikan bersama pembaca sekalian. Hubungi saya untuk lebih banyak panduan bagaimana untuk "maneuver" dalam perniagaan ini. Ada juga tip yang saya namakan dan ciptakan sebagai "Serampang 7 Mata" <- (click disini) yang akan saya kongsikan kepada semua bakal DIQ. :)
Photo Credit : Haikal & Sham
Pada ketika akhir bulan Januari 2013 saya membuat DIQ program, saya mempunyai lebih daripada 20 orang CT. Alhamdulillah saya berjaya buat "fast track" bagi DIQ program saya dan berjaya lakukan dalam masa sebulan. Mereka yang dibawah kendalian dan bimbingan sayalah sebenarnya yang banyak membantu saya untuk mencapai apa yang saya kecapi hari ini. Kalau boleh saya nak mereka semua sama-sama menerima penghargaan ini. Saya berazam akan cuba sedaya upaya membantu mereka semua berjaya menempuh cabaran DIQ mereka.
CABARAN SUDAH TAMAT 31 DECEMBER 2013.
Nantikan cabaran seterusnya untuk 2014 :)
Tunggu apa lagi. Daftar dengan kami sekarang !!
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.. :)
Aini 013 331 3918
As Salam,
ReplyDeleteSaya berminat dengan bisness tupperware ini tapi tak tahu perlu bermula dari mana. saya susah menjadi ahli tupperware tapi bagaimana cara untuk memulakan bisnes ini. saya memang minta untuk berniaga kerana saya sudah mulai bosan bekerja makan gaji. Mohon bantuan sangat-sangat.
Terima kasih.
Kepada tkah boleh sms saya di 0133313918 dan follow blog saya.. Insya Allah.. mana yang mampu saya akan tolong ya. :)
DeleteSaya berminat nak Buka stokis tupperware .mcmana
ReplyDeleteCik/Puan Zunaida boleh menghubungi saya atau SMS di talian 013 331 3918. Boleh kita sembang2 :)
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMcm mane ye cara2 nk bukak stokis tupperware & brape modal yg diperlukan?..
Salam sis. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya. :)
DeleteAs salam....saya nak Tanya...kalau seorang upline tu masih dalam DIQ utk bulan kedua cabaran....dan dia dah daftarkan downline bawah dia utk DIQ dalam bulan kedua tu...Team sales downline yg DIQ tu masuk tak ke team sales upline dia yg masih DIQ?
ReplyDeleteMasuk... :)
DeleteHye sis..boleh email sy effakepochee@gmail.com.need guide n advice
ReplyDeleteBerminat..area mana puan duduk
ReplyDeleteberminat puan..puan duduk area mana
ReplyDeleteSya berminat bisnes tuppy..camana caranya dah daftar sebagai ahli ..ni no daya 0136966830
ReplyDeleteAssalamualaikum.saya nk jadikan tuppy ni sbgai kerjaya saya fulltime.dh lama ahli.. Tapi takda upline utk guide saya..daftar pn sndiri buat asal tuk kegunaan sndiri...mohon bantuan... Tkasih
ReplyDeleteAssalamualaikum.saya nk jadikan tuppy ni sbgai kerjaya saya fulltime.dh lama ahli.. Tapi takda upline utk guide saya..daftar pn sndiri buat asal tuk kegunaan sndiri...mohon bantuan... Tkasih
ReplyDeletedh dapat ke blom ??
Delete