Thursday, February 7, 2013

Tips dan cara menggunakan Turbo Chopper Tupperware

Hari ni berkesempatan nak buat post pasal turbo Chopper dari Tupperware.

Lama dah nak post pasal produk yang hebat dan paling praktical ni tapi belum berkempatan..:)

Sebenarnya secara jujur pertama kali saya tengok produk nie, saya ragu-ragu betul ker benda nie. Seratus lebih lak tu. Comel memang lah comel. Boleh ker ganti kerja-kerja hardcore macam lesung batu dan blender.. Emmmmm.. Nak dijadikan cerita, blackoutlah suatu hari semasa mood memasak tengah membara-bara.. Mulalah menyesal. dah satu kerja mengeluarkan lesung batu plak. So tanpa berlengah teruslah ke stokis menyambar robot merah ni.


Comel kan TAPI hard core bukan main robot merah nie. Banyak-banyak produk tupperware inilah salah satu gadget yang perlu ada dalam setiap dapur kat Malaysia nie. Senang, mudah dan sangat praktikal untuk penyediaan makanan dalam kuantiti yang sedikit. Terutamanya surirumah yang memasak untuk anak-anak dirumah. Kalau taulah macam ni punya terror produk ni, sejak kenal tupperware inilah yang first saya beli.. :)


Cara menggunakan Turbo Chopper Tupperware

Langkah 1 : Buka kan cover atas. Dan masukkan bilah pisau.

Langkah 2 : Masukkan bahan-bahan ke dalam chopper tadi. 

 Sebelum

Langkah 3 : Tutupkan cover tadi ketat dan letakkan di atas table-top/counter-top atau meja

Langkah 4 : Letakkan satu tangan diatas chopper dan satu lagi tangan menarik tali pemegang cord berulang kali.

Langkah 5 : Setelah 3 atau 4 kali, goncang chopper supaya bahan-bahan tadi tersebar rata di dalam chopper. Anda boleh melihat hasil kisaran daripada luar bekas lut sinar chopper. Lebih lama anda menarik cord tadi, lebih halus kisarannya.

  Selepas hirisan Turbo Chopper

Langkah 6 : Buka penutup chopper dan keluarkan bilah pisau tadi. dan masukkan bahan mentah tadi ke dalam mangkuk yang lain. Dah Siap..!! :) Tak guna elektrik pun tau..!!


Kelebihan menggunakan Turbo Chopper Tupperware

Banyak kelebihan menggunakan Turbo Chopper ni. Sebagai contoh.. Anak-anak saya tak suka bawang, so setiap kali masakan yang ada bawang habis disusunnya kat tepi pinggan. So dengan adanya benda nie blend jer, bawang pun dah tak bentuk bawang dah. Lagipun dengan adanya gadget ni takdalah mata tu berair-air nak hiris bawang lagi.. Kerja-kerja mengisar dijamin amatlah senang

Untuk Ibu-ibu yang baru nak mulakan solid food, gadget ini juga amat sesuai. Saya recommend sangat-sangat. Terutamanya untuk menghaluskan nasi/bubur untuk anak comel kesayangan. Gadget ni pun mudah nak bawa kemana-mana. Tak kanlah nak bawak blender kat rumah mak semata-mata nak sediakan bubur baby kan..? :). Bukan tak boleh guna blender. Tapi kan blender tu jugalah digunakan untuk mengisar cili, rempah dan sebagainya. Kan tak berapa sesuai.

Antara perkara yang paling menarik tentang Chopper ni adalah kelebihan anti skid yang di perkenalkan. Kebanyakkan produk lain yang ada di pasaran tiada feature ini. Ianya banyak membantu semasa kita menarik tali cord tadi ketika ingin mengisar. Dan yang paling penting tak menggunakan elektrik. Jimat sangat.. Hanya tenaga manusia jer di perlukan. :)

Mekanisma Anti-Skid


Tip penjagaan dalam menggunakan Turbo Chopper Tupperware

- Letakkan di tempat yang stabil untuk mengelakkan cord tadi bergesel dengan cover atas. Ianya sekaligus memanjangkan jangka hayat produk ini. Walaubagaimanapun semua produk tupperware adalah di jamin seumur hidup

- Di syorkan selepas sahaja digunakan, terus dibasuh dan dikeringkan.

- Mata pisau adalah AMAT tajam. Letakkan di tempat yang selamat dan tinggi daripada dicapai oleh anak-anak kita. Ketika membasuh mata pisau juga perlulah berhati-hati. Keringkan dengan kain.

- Kalau bawang, sayuran atau kentang adalah bersaiz besar. Kita hendaklah potong kepada bahagian yang lebih kecil untuk mengelakkan mata pisau tersangkut.

- Mata pisau tidak boleh dimasukkan dalam mesin pengering (dishwasher) kerana matanya yang tajam. Walaubagaimanapun bahagian lain untuk Turbo Chopper ini adalah selamat untuk digunakan di dalam dishwasher.

Fuhhhhhh... Penat menaip untuk post kali ni. So apa lagi. Order lah satu jugak.. Barulah berbaloi. :). 

Ketahui caranya dengan menghubungi saya. FREE Gift...? dah tentulah ada..!! Hanya dengan pembelian bersama kami. Temui kami di facebook Kairina Selections atau SMS/Call 013 331 3918013 331 3918 untuk maklumat lanjut.


1 comment:

  1. bilah pisau chopper patah bole tukar secara percuma x? if not, bole beli bilah pisau sahaja x?

    ReplyDelete