Friday, May 24, 2013

Rahsia bergelar DIQ Tupperware - Director in Qualification - Part II

Alhamdulillah
Banyak pandangan dan komen yang membina daripada post yang lepas (DIQ Part I). Sambutan pembaca amatlah menggalakkan. :). Sokongan andalah yang memberikan saya semangat untuk terus menulis dalam blog ini. Insya Allah saya akan cuba kongsikan pengalaman ini bersama-sama anda. Mari kita baca tips dan rahsia seterusnya. :)


TIPS #3 : Hot Limited Release adalah SENJATA rahsia anda.

Bagi setiap keluaran katalog ada barangan yang keluar yang di spesifikasikan sebagai Limited Release. Barangan ini selalunya lebih murah dan keluarannya adalah terhad. Ini bermaksud kemungkinan barang ini tidak dijual pada katalog pada bulan hadapan adalah besar. Produk Limited Release dan Hot Limited Release adalah dua perkara yang berbeza. Mengenal pasti produk yang Hot Limited Release adalah satu skill yang perlu kita asah dari semasa ke semasa.

Contoh Limited Release

Bagaimana nak mengenalpasti barangan Hot Limited Release.?
Salah satu cara yang paling mudah adalah menjalankan hubungan silaturahim yang erat dengan Stokis. Kalau tak dapat berbaik dengan tokey stokis.. berbaik dengan anak tokey stokis :) Berbaik dengan pekerja stokis juga adalah satu advantage. Ini adalah kerana daripada merekalah kita boleh mengetahui produk mana yang Selling Fast.

Ringankan mulut untuk bertanya produk yang laju dan mana yang kelam. Mungkin ada stokis yang hanya jaga team mereka. Kadang-kadang barang ada jer dalam stok cuma di simpankan untuk anak buah mereka. Takpa. Jangan lemah semangat atau down. Buat Back Order kalau boleh. Sematkan dalam hati suatu hari nanti bila anda dah ada stokis sendiri, jangan buat perangai macam tu. Eratkan silaturahim dengan semua orang.

Antara katalog yang dikeluarkan pada tahun 2013

Satu lagi cara adalah Keep Track keluaran Limited Release bagi Katalog yang lepas-lepas. Kalau boleh pinjam dengan Leader/Upline kejap katalog lama. Jangan lupa pulangkan pulak ya, saya yakin katalog lama adalah barang yang di sayangi leader2 kita ni.. :). Pinjam dan take note mana-mana barangan yang anda rasa berbaloi dan hot. Beli satu buku nota kulit keras  untuk anda jot down semua informasi yang penting mengenai produk tersebut. Banyak kegunaannya buku nie. Di dalam buku inilah anda boleh track jualan secara manual, track ansuran bulanan, strategi dan lain-lain lagi.

TIPS #4 : Perancangan Strategi Jualan runcit

Dalam setiap peperangan kita perlukan strategi. Dalam mendidik anak pun kita perlukan strategi inikan pula dalam dunia perniagaan. Kebanyakkan consultant selalu bertanya soalan bonus. "Macamana nak buat sale banyak-banyak ni?". Jawapan paling common.. Buat Party.. Buat Roadshow.. Memang kaedah ini yang paling terbaik dan terbukti berkesan. Tapi untuk mereka yang terlalu busy dengan perkerjaan atau keluarga apakah alternatifnya..? Apakah target sale minimum untuk kita capai bagi mengejar status Director.? Disinilah strategi memainkan peranan penting.

Merancang Strategi Jualan Runcit

Perkongsian tips yang seterusnya ini ada sedikit pengiraan matematik. Perlu saya ingatkan terlebih dahulu pengiraan ini adalah sebagai guideline sahaja. Ianya pengiraan IDEAL tanpa mengambil kira faktor diskaun pada pelanggan atau faktor sampingan seperti barang takda kat stokis atau sebagainya... :)

Okay untuk bergelar sebagai DIQ kita perlu melengkapkan jumlah jualan retail berjumlah RM14K dalam masa 2 bulan. Memang nampak banyak tapi sebenarnya anda mampu lakukan. Saya telah lakukan, ANDA mampu lakukan, KITA mampu lakukan. Sebab apa.?

- 14 ribu adalah Retail Sales bukannya sales selepas diskaun.
- 14 ribu adalah jumlah keseluruhan sale bagi Level 1, Level 2 dan Level 3 dibawah kendalian anda.
- 14 ribu bukanlah anda seorang kena buat, Semua orang dalam team anda akan membantu.

Nak tahu tips macamana nak buat DIQ dengan hanya kurang dari 4 ribu sebulan.? 

Berikut adalah cadangan dan guideline yang boleh saya syorkan pada anda..:)
- Katakan kita berjaya rekrut 15 orang qualified consultant : 15 x 150 = RM2250
- DIQ personal sale bulanan adalah = RM500
- Oleh sebab itu jumlah Retail peribadi DIQ yang perlu untuk 2 bulan adalah = RM 1000
- Jumlah Retail Sale terkumpul setakat ini adalah = RM 3250

- Jumlah sale yang perlu di buat DIQ : 14 000
- Oleh sebab itu 14 000 - 3250 = 10750

- Keuntungan hasil Retail (Jualan Runcit)
- 14000 * 0.25 = 3500

So apa nak beli dengan keuntungan Retail.?
Kita tahu bahawa Harga Retail satu unit Nano Nature Water Filter berharga RM 2590.
Kita juga tahu  Harga Retail 1 unit Rice Dispenser berharga RM288. Cadangan saya, Beli 3.!!

- Pengiraan 2590 + [ 288 x3 ] = RM 3454 Jumlah Retail
- Berapa yang tinggal lagi.?
- 10750- 3454 = RM 7296 #

Bahagikan untuk 2 bulan : 7296 /2 = RM 3648 sahaja sebulan !!. Itu TARGET SALES kita.!!

Merancang strategi dengan matematik :)

Mudahkan merancang strategi...? Sudah tentunya figure yang sebenar adalah berbeza daripada dalam dunia sebenar. Ada yang terkurang dan yang terlebih. Ini cuma guideline..Masuk perang biar ada strategi. Ada Plan A.. Plan B dan juga Plan C... Bak kata Sun Tzu dalam The Art of War.. "Lay Down Your Plan".

Tulis semua strategi anda dalam sebuah buku yang seperti saya kata sebelum ini. Elakkan daripada semuanya maklumat disimpan dalam kepala. Juga kalau boleh elakkan simpan dalam smart phone.. :) Bukan saya menentang teknologi, tapi apa yang kita tulis dengan tangan sebenarnya lebih bermakna, dan kekal dalam ingatan. Pernah tengok Batu Bersurat.? Pernah tengok lakaran dalam gua. Hasil karya mereka sampai sekarang boleh di nikmati dan dibaca walaupun dah beratus dan ribuan tahun.

TIPS #5 : Consultant dan rekrut adalah NADI pasukan kita

Semasa perang kita tak lawan sorang-sorang. Kalau sensorang tu dinamakan mengamuk. :). Dalam bidang perniagaan ini mempunyai team yang baik dan lengkap dengan ilmu pengetahuan adalah penting dalam memberi pendedahan kepada bakal-bakal pembeli. Dengan adanya pasukan yang sebegini apa sahaja rintangan boleh kita hadapi dengan mudah. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Mungkin agak cliche bunyinya. Tapi itulah realiti. Kita hanya Leader atas kertas. Sematkan di hati, consultant kendalian kita adalah "rakan niaga" atau dengan kata lain business assosiate kita.

Bersama-sama dalam keluarga yang besar..

Dalam menjalani proses DIQ, anda perlu mencari sekurang-kurangnya 15 orang qualified consultant. Ini bermaksud setiap 15 orang yang anda rekrut itu perlu membuat sale sebanyak RM150 atau lebih semasa bulan mereka mendaftar. Sebagai contoh mendaftar pada 5hb May, pembelian RM 150 perlu dilakukan sebelum 31 May.

Dalam mendaftarkan consultant ada antara kita yang memberikan diskaun keahlian hanya untuk cukupkan 15 orang. Memberi keahlian percuma pun ada. Ini saya tidak galakkan. Antara sebabnya dari pengalaman saya sendiri, ahli tersebut akhirnya tidak akan menjadi aktif atau dengan kata lain "dormant consultant". Dormant consultant ini tidak membuat pembelian dan sehingga satu tahap akan drop dengan sendirinya jika tiada perhatian sewajarnya daripada kita. Kita perlu beri pengetahuan secukupnya kepada rakan niaga kita supaya dapat sama-sama membantu dalam jumlah keseluruhan team sale kita. Ahli yang TERBAIK adalah ahli yang mampu pergi sendiri ke stokis untuk membeli barang. Saya akan sentuh mengenai perkara ini pada post yang akan datang. Insya Allah.

 
Stokis Tupperware

Dimana nak cari downline.?
Mencari downline adalah perkara yang sukar bagi sesetengah consultant. Cadangan saya mulakan dengan keluarga dan sahabat terdekat dahulu. Dapatkan keyakinan dalam teknik meng"approach" potential consultant. Jangan lupa terangkan kebaikan dan kelebihan menjadi ahli walaupun mereka adik-beradik kita. Ini membantu mengasah bakat dan skill anda dalam berinteraksi dengan bakal consultant nanti. Senyum dan senyum walaupun di provoke dengan pelbagai perkara yang tak sedap di dengar dan dihadam. Senyuman itu kan satu sedekah. Tak dapat ahli dapat pahala. :)

Dengan izin Allah, kita sama-sama berdoa untuk kejayaan kita dalam satu keluarga yang besar. Elakkan dari perasaan dengki, khianat dan mengadu domba. Tukar perasaan CEMBURU itu kepada satu yang POSITIF untuk lebih berjaya dalam lapangan ini.

TIPS #6 : Bersedia memotivasikan diri sendiri

Memotivasikan diri adalah kerja kita sendiri. Takda orang lain yang boleh membantu selain daripada diri kita sendiri. Kalau pergi kelas motivasi Fadzilah Kamsah sekali pun kalau diri sendiri tak mau berubah, tak jalan juga kan. Bersedia memotivasikan diri penting di saat kita berasa down, kecewa dan sebagainya. Pastikan juga anda di kelilingi orang yang berjaya dan bermotivasi. Untuk berjaya kita perlu berada dikalangan orang yang berjaya dan ingin berjaya. Sebab itu saya kata sebelum nie kita bukan berniaga sorang-sorang. Kita berniaga berkumpulan. Iaitu bersama "rakan niaga" kita.

Twbiznet atau orang panggil biznet merupakan satu portal atau website dimana setiap consultant tupperware boleh melihat sales yang telah dibuat disamping untuk keep track family tree. Dengan kata lain melihat prestasi setiap consultant di bawah kendalian kita (downline). Saya ada terangkan langkah demi langkah disini. Dengan melayari biznet kita bukan sahaja dapat keep track sales yang kita dah buat, tetapi juga memberikan semangat yang luarbiasa untuk terus berkecimpung dalam dunia Tupperware. Sapa yang tak suka tengok komisyen kan. :) Jadikan biznet ini sebagai tools dalam memotivasikan diri anda.

Jika kita telah berkahwin, pasangan kita merupakan insan terbaik untuk kita berkongsi rasa dan perasaan. Luahkan kekecewaan dan kegusaran anda kepada insan tersayang. Tapi perlu DIINGAT, kekuatan dalaman kita itulah yang paling penting. Bersedia untuk bangkit, dan bangkit dengan penuh keyakinan. Pernah tengok movie "Pursuit of Happyness" lakonan Will Smith.?

Pursuit of Happyness

Saya amat RECOMMEND setiap consultant kendalian saya dan anda di luar sana menonton filem ini. Tak dapat cari di kedai video, tolong download dekat intenet.. :) Kisah benar Chris Gardner lakonan Will Smith ini amat menyentuh hati saya. Kisahnya berkenaan seorang jurujual barangan untuk hospital (bone-density scanner) cuba untuk mengubah kehidupan bersama anak kesayangannya. Keseluruhan simpanannya telah dilaburkan untuk tujuan itu. Ketika dia hendak menjual barang tersebut, rumah kena tarik, bercerai dengan isteri, bank freeze bank account dan macam-macam rintangan dan cabaran. Dia mencuba nasib sebagai stockbroker yang memerlukan dia menjalani latihan selama 6 bulan tanpa gaji. Dengan menjual bone-density scanner itulah dia cuba menyara hidup bersama anaknya. Cuba hayati setiap scene dalam filem ini dan kaitkan dengan apa yang anda hadapi dalam dunia tupperware. Saya pasti anda akan faham kenapa saya recommended filem ini pada anda.

TIPS # 7 : Teknik "Serampang Tiga + Satu"

Tips yang terakhir ini Insya Allah saya akan kongsikan kepada setiap consultant kendalian saya yang betul-betul berminat, mahu mengubah kehidupan dan berani menyahut cabaran DIQ. Setiap daripada bakal DIQ kendalian saya akan saya beri galakkan dan sokongan yang tak berbelah semampunya. Dengan strategi terakhir ini saya yakin dengan izin Allah, anda mampu meraih kejayaan yang disasarkan dan diidami selama ini. Hubungi saya untuk berkongsi rahsia kejayaan ini bersama anda. :)

Berani..?
SMS/WhatsApp : Aini 013 331 3918
Facebook : Kairina Selections




4 comments:

  1. Siri ke2 ini sangat menyentuh secara realiti. Hebat penulisan.. memang dah boleh buat buku e book. Pasti ada yg beli. Tahniah..

    ReplyDelete
  2. saya suke bace yg ini .. tp kenapa sesudah bknnya sebelum sy abis edah dlm DIQ baru dpt ilmu ni .. huhuhu .. x pe sy akn gunakn utk downline2 sy plk .. apa2 pun tqvm kak coz sudi berkongsi ilmu k .. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks sham and orkid. :) Sokongan anda semua amat saya hargai. Insyallah akan terus berkongsi pengalaman dan ilmu dengan pembaca untuk di manafaatkan bersama.. :)

    ReplyDelete
  4. as salam
    thx d atas perkongsian yg berharga ini. smg anda d murahkan rezeki dan d permudahkan.

    saya baru lg dgn tupp ni. baru daftar april 2017.
    april sy buat belian dalam rm5++ harga ahli.
    dan may saya ada buat belian rm12++ harga ahli.

    waktu tu saya tak tahu lg mcm mn tupp bg insentif income kpd ahli. ingatkan mcm haio n shaklee. even jual harga ahli kat buyer kt still dpt income dr company. rupanya tupp x mcm tu. tupp x dpt single player mcm haio n shaklee. tupp kena in group utk gain other income if kt jual harga ahli.
    rugi nya saya bln ni. kalau tahu sy daftarkan suami d bawah sy. dan beli gunakan id dia.

    setelah membaca afew tulisan awak serba sedikit saya mula faham. saya daftar d stokis so xda personal couching or mentor. x mcam haio n shaklee sy ada mentor yg sll guide.

    saya ingin bertanya.

    1.jika saya laburkan rm15k termasuk mendaftar 14 ahli d bawah saya, dan membeli prod. adakah saya layak utk insentif kereta dan elaun rm500?

    2. kereta yg d beri adakah hak penuh kt? adakah perlu bayaran bulan lg atau kt perlu maintain sales stp bln pd sekian amount?

    3. elaun rm500 akan tetap dapat stp bln even sales terkumpul pd bln akan mendatang x mencapai rm14k.

    tq.

    ReplyDelete