Tuesday, March 12, 2013

Mangkuk Tingkat ala Tupperware - Cantik dan Praktikal

Pada hari ini saya ingin bercerita sedikit pasal mangkuk tingkat dan evolusinya. Pada zaman dahulu, susah nak jumpa gerai-gerai makanan macam sekarang, terutamanya di bandar-bandar besar. Sudah menjadi kemestian pada waktu tersebut warga yang berkerja membawa bekal ke pejabat atau tempat berkerja khususnya di kampung, dibendang ataupun di ladang. Dengan menggunakan mangkuk tingkat juga mereka dapat bertukar-tukar hidangan dan ini sudah tentunya merapatkan hubungan persahabatan.

Mangkuk tingkat merupakan bekas yang berbentuk bulat atau bersegi yang disusun secara menegak dan dikunci disebelah luarnya oleh pemegangnya. Ianya juga mempunyai penutup di sebelah atas.

Ini adalah salah satu mangkuk tingkat yang saya maksudkan. Ingat lagi.? :)



Pada masa sekarang fungsi mangkuk tingkat tidak banyak berubah, Malahan dengan bentuk yang lebih menarik dan pelbagai warna lagi. Terutamanya barisan produk-produk yang di keluarkan oleh Tupperware sendiri. Bulan ini di Kairina Selection kami mempunyai beberapa barisan produk yang berasaskan mangkuk tingkat ini. Untuk kegunaan kenduri kendara pun ada. ;)

Untuk produk yang pertama kami perkenalkan Small Goody Box with Cariolier.


Dengan membeli set "Goody Box" ini anda akan menerima 4 unit bekas isian makanan 850ml setiap satu. Ianya juga disertakan dengan Cariolier atau lebih tepat lagi pemegang dwifungsi.(pemegang dan pengunci bekas). Sesuai sangat untuk dibawa berkelah, potluck atau bekal ke tempat kerja. Tak perlu lagi bawak magkuk tingkat besi yang berat atau bekas banyak-banyak. Lagipun bekas keluaran Tupperware semuanya bebas dari toksid dan amat selamat bagi pengguna. Tiada lagi ragu-ragu tentang masalah makanan cepat rosak atau sebagainya.

Harga Katalog adalah RM 61. Tapi dengan pembelian dengan kami sudah tentunya lebih murah. SMS saya di 013 331 3918 untuk tawaran harga hebat. :)

Satu lagi produk yang amat praktikal adalah Jumbo Goody Box Large with Cariolier (4L)


Ini sangat sesuai di bawa jika ada party potluck atau kenduri secara kecil-kecilan. Bekas ni besar. Ukurannya adalah 25.5cm (Panjang) x 22.7cm (lebar) x 11.0cm (tinggi). Banyak yang kita boleh isi dalam bekas ni, terutamanya mihoon, nasi lemak, kuih-muih atau berbagai-bagai lagi. Untuk Jumbo Goody Box Large pula harga katalog yang ditawarkan adalah RM 35. Ni belum diskaun lagi tau. :). Sebelum ni Harga Retail dia RM 61 tau.. so amat berbaloi-baloi.!!


Ada lagi...!! Juga untuk masa yang terhad, setiap pembelian Jumbo Goody Box nie kita juga bakal mendapat 4x unit Snack Cup (110ml) dengan harga tawaran RM 7.90. Seperti gambar di atas.

Untuk Jumbo Goody Box ni juga ada yang variasi kecil (Small) iaitu untuk 2L. Ukurannya adalah 25.5cm (Panjang) x 22.7cm (lebar) x 7.1cm (tinggi). Di datangkan dengan 2 warna iaitu Pink atau Orange. Boleh pilih nak warna apa. Harga dia pada ketika ini RM 24 each.. pun belum saya kasi diskaun. Dulu rega Retail dia RM 40.90. Murah kan.? Sangat berbaloi.!!
Ini gambarnya seperti di bawah... :)

Jumbo Goody Box Large dan Small apabila digandingkan

Kenapa murah sangat ek..? Oh ini untuk masa yang terhad jer sampai penghujung bulan Mac ni sahaja. Ianya juga sempena Anniversarry Tupperware yang ke 48 tahun. So bertindaklah sekarang Order dengan saya ya.. Setiap pembelian lebih daripada RM 100 dapat Mystery Gift lagi daripada saya. Best kan ? :)

Satu lagi produk yang saya ingin perkenalkan adalah Back to School Set.


Untuk produk keluaran terhad ini kita akan mendapat satu bekas "Deluxe Bento" 510ml yang juga disertakan dengan sudu dan garpu daripada Tupperware. Dengan pembelian ini kita juga mendapat satu bag yang cantik yang sesuai untuk diisikan dengan bekas tersebut. Bekas ini ada divider makanan yang boleh kita keluarkan jika tidak digunakan untuk mendapat lebih ruang isian. Harga produk ini adalah RM 38. Nak diskaun.? Hubungi saya sekarang.. Semua barang yang kami perkenalkan semua ada diskaun. :)

Semua barang diatas adalah barang keluaran terhad daripada Tupperware untuk bulan Mac ini. Promosi berakhir 31 March 2013 ini.

Saya tak jamin bulan depan masih ada lagi tau. Walau apa pun anda boleh terus hubungi saya kot-kot masih ada stok yang saya simpan. Harga tetap sama.. Diskaun sudah tentulah ada..:)

Itu jer buat hari ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Aini 013 331 3918

Saturday, March 9, 2013

Tupperware Disney Princess Tumbler (470ml) - Sementara stok masih ada.!!

Hari ini saya nak buat promosi harga hebat untuk Tupperware Disney Princess Tumbler (470ml). Hanya di TupperwareMalaysiaSale.com.

Inilah dia..!! :)

Tumbler ni memang amat sesuai untuk our little princess membawa bekal air pergi ke sekolah atau ke pre-school. Bukan sahaja tutup yang senang dibuka malahan ianya tahan lasak dan tentunya tidak bertoksid berbanding bekas air lain di pasaran.

Untuk pembelian ini anda juga akan dapat 2x penutup rata berwarna Lime Green for FREE.


Bukan itu sahaja anda juga bakal memiliki 1x Woven Bag Princess juga secara PERCUMA. Dah tentunya dengan hanya pembelian daripada kami.. :)


Berbaloi kan.. :) Harga nya... semua ini dengan harga RM55 sahaja. (tidak termasuk kos penghantaran)

Opsss bukan itu sahaja.. Untuk bakal-bakal ahli baru yang ingin mendaftar dengan kami. Anda  boleh memiliki semua ini juga dengan harga RM55 + PERCUMA penghantaran.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Aini 013 331 3918

Cepat yer sementara stok masih ada.. Dekat mana-mana stokis pun dah takda nie tau.!!! :)


Wednesday, March 6, 2013

Happy 48th Anniversary Tupperware Malaysia - Membeli sambil belajar Sejarah :)

Sempena menyambut ulang tahun yang ke 48 Tupperware Brands Malaysia saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai sejarah Tupperware di Malaysia dan di dunia amnya. :)

Secara ringkasnya Tupperware di Malaysia pada amnya bermula pada awal tahun 60-an, dan secara rasmi Tupperware Malaysia bermula 48 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1965.

Sebelum itu pada tahun 1940-an, seorang Jurutera Kimia yang yang bernama Earl Tupper, dengan hasil beberapa eksperimen yang dijalankan telah berjaya mencipta sejenis plastik yang tahan lasak dan selamat digunakan. Dia berfikir plastik ini boleh dieksplotasi untuk menjadi tempat simpanan makanan yang selamat. Dengan formula yang dia jumpa itu terhasilah produk Tupperware yang sampai sekarang kita gunakan. So Tupperware tu daripada nama En Tupper nilah ya.. :)


Orang dulu-dulu pun buat party jugak.


Zaman dulu-dulu color tupperware pun agak lembut jer. Zaman sekarang nie bukan main attractive sekali kan color dia. :)


Nak tengok pulak iklan diorang masa dulu ?

Simple2 jer kan.. :)

Okaylah
Sempena dengan sambutan 48 tahun gilang gemilang Tupperware ni pihak pengurusan telah membuat pelbagai promosi dan barangan yang sangat menarik hati. Ini adalah antara barangan yang bakal menjadi rebutan anda semua disamping tawaran diskaun yang sangat mengujakan.  Tawaran ini hanya terhad untuk 11 March sehinggalah 31 March 2013. Jangan lambat-lambat tau. Nanti kehabisan stok pulak sebab semua barangan nie sangat terhad (limited release)..:)





 

Boleh hubungi saya sekarang - Aini 013 331 3918 untuk maklumat lanjut serta tambahan super duper diskaun.

Dapat FREE gift lagi tau, kalau membeli lebih RM100 untuk promosi ini hanya daripada saya !! :)

Layari dan "Like" facebook rasmi kami https://www.facebook.com/Kairina.Selections untuk lebih banyak promosi dan tawaran yang hebat-hebat. Jumpa anda di sana ya..!!