Wednesday, November 13, 2013

Cara membeli belah di Stokis Tupperware - Apa yang anda perlu tahu.!!

Salam pembaca yang di hormati sekalian.

Nampaknya sudah sekian lama saya tak berkongsikan tip dan pengalaman di dalam blog ini. Menulis blog ini merupakan salah satu cara saya berinteraksi, berkongsi pengalaman dan tips kepada setiap downline atau rakan niaga saya. Insya Allah jika ada berkesempatan ruang dan waktu saya akan cuba juga menulis dari semasa kesemasa. 

Untuk pembaca sekalian perlulah saya beritahu yang pengalaman saya ini hanyalah setitis air di lautan yang luas. Semua yang saya kongsikan ini cuma dari segi pengamatan dan pemerhatian peribadi saya semasa berkecimpung dalam Dunia Tupperware. Mungkin ada salah, silap, kurang, terlebih dan mungkin ada yang tersinggung, untuk itu saya dahulukan dengan permohonan maaf. Bagi saya pengetahuan perlu kita kongsi bersama. Rahsia kejayaan pula adalah kesungguhan dan komitmen kita terhadap apa jua kita lakukan. 

Okay cukup dengan itu. Hari ini saya akan kongsikan pula "Cara membeli-belah di Stokis Tupperware"

Yep. Tajuk yang mudah kan. Semua orang tau membeli-belah. Apa yang susah sangat shopping, yer tak..?.. tak yah ajar-ajar pun.. Bukak katalog order jer.. :) Tapi semasa berada di Stokis Tupperware kita kadang-kadang sering melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh kita elakkan. Ini yang saya akan highlightkan pada post kali ini.

Stokis yang sering saya kunjungi
Stokis Tupperware Dengkil di Cyberjaya ..BEST !!...Promote sket !!..  :)

1. Tatacara ketika mendaftarkan ahli/downline
Ketika mengisi borang pendaftaran, semak dan periksa sekurang-kurangnya 3x setiap butiran yang ditulis sebelum mendaftar. Sama tak dengan apa maklumat yang diberikan oleh downline kita. Tulisan adalah jelas dan boleh dibaca. Kadang-kadang ada staf stokis yang tersilap memasukkan data sebab tersalah baca maklumat. Tinggalkan kosong ruangan Spouse jika orang yang didaftarkan masih belum berkahwin. Pastikan ruangan Recruiter's Information tidak kosong. Recruiter's Information merupakan ID anda atau ID orang yang anda ingin letakan sebagai upline (Ini nanti saya ajar untuk post blog yang lain). Ini penting tau.! dan juga jangan lupa membawa Salinan Kad Pengenalan ahli yang ingin kita daftarkan :)

Untuk setiap pendaftaran consultant baru perlu dan wajib mendapatkan 1 starter kit. Dengan pendaftaran RM 70, kita bakal menerima beg starter kit yang berwarna pink itu. Click pada link ini untuk melihat apa yang kita dapat. Pada ketika ini HQ ada memperkenalkan set Treasure Box. Memang berbaloi memiliki set ini jika kita benar-benar serius untuk berniaga. Treasure box ini pula kita tak boleh beli kalau kita sudah pun menjadi ahli. Hanya terhad kepada pendaftaran baru sahaja.

Ketika pendaftaran staf stokis akan melekatkan sticker pada salinan borang pendaftaran kita. Sticker ini selalunya ada dalam beg tersebut dan akan dilekatkan semasa pendaftaran selesai. Perhatikan dan pastikan diorang lekatkan stiker tersebut. Setelah pendaftaran kita akan dapat salinan pendaftaran yang berwarna kuning. Simpan dalam file untuk rujukan masa akan datang. 

2. Membeli Katalog
Katalog baru biasanya akan sampai di setiap stokis-stokis seluruh negara sehari atau dua hari sebelum kempen bermula. Bolehlah kunjungi stokis berdekatan di kala kempen semasa hendak tamat. Kadang-kadang ada consultant yang mula post katalog terbaru di media sosial seperti facebook sebelum kempen bermula. Saya perlu ingatkan bahawa ini adalah menjadi SATU KESALAHAN dan pihak HQ boleh mengambil tindakan. Nasihat saya elakkan. Tak lari nya customer kita tu tak dapat tengok katalog. Jika kita ikhlas, jujur dan punyai servis yang terbaik, pelanggan tetap akan memilih kita. Jika dah tableh tahan...kalau kempen bermula 11 November 2013, post pada pukul 00:01 pagi yer... :)

Katalog lama kalau boleh jilidkan yer. :)
 
Katalog di stokis boleh dibeli dengan harga RM1. Jika membeli lebih daripada 10 keping, harga yang di tawarkan adalah 60 sen sekeping. Nasihat saya beli sekurang-kurangnya 10 keping. Kenapa banyak sangat.? Jika kita nak berniaga inilah caranya kita memperkenalkan kepada orang disekeling kita, yang KITA adalah Consultant Tupperware. Jangan lupa buat stamp pad atau letakkan contact number pada setiap  belakang katalog.

Ada satu tips yang anda perlu tahu. Bagi setiap pembelian 200 keping katalog, anda layak membeli Set Level I dan Level II. Menarik bukan.? Kalau ada rezeki lebih saya galakkan anda beli. Tempoh masa bagi setiap kempen adalah kira-kira 2 bulan, so jika difikirkan semula memang BERBALOI. Memang nampak banyak pada mulanya tapi setelah di edarkan Insya Allah anda akan nampak hasilnya. Bukan sahaja rangkaian pelanggan anda meluas malahan pada masa yang sama memberikan anda motivasi untuk kerja lebih keras lagi. Nak dapatkan balik modal katalog tadi..? Jual Level yang kita beli tadi dengan harga yang kompetitif. Kan dah balik modal. :)

Opss.. Nak tambah sikit. Jadi ahli Tupperware di bawah Team saya. Setiap kempen dan keluaran saya akan poskan secara PERCUMA!! Best kan. :) Takyah pun pergi stokis tunggu jer depan pos box. Jomlah join sebagai team saya.. Jangan tunggu lama-lama yer... Remember the number 013 331 3918 Aini :)

3. Membeli di bawah ID sendiri
Sebagai Consultant Tupperware untuk melayakkan mendapat komisyen kita perlu membuat Pembelian Runcit (Retail Sale) berjumlah RM500 setiap bulan. Rujuk link ini untuk maklumat lanjut mengenai komisyen. Nasihat saya cukupkan RM 500 sahaja jangan lebih sangat. Kalau nak kejar Level I, Level II dan Hostess lain citer. 

Sebagai contoh kita ada customer order barang berjumlah RM1400 <-- Retail Sale

Buat Retail Sale di bawah ID kita berjumlah RM 500 dan RM 900 di bawah salah seorang downline kita. Jumlah 900 akan dikira sebagai komisyen pada akhir bulan nanti. Dengan pembelian RM900 tadi melayakkan kita membeli Level I,II dan hostess tadi.

4. Apa yang nak beli yer ?
Bab ni sebenarnya tak payah nak ajar sangat kan.. huhuhuhu :) Tapi sebagai guideline. Pertama- tamanya pembelian adalah mengikut kemampuan kita sendiri. Jangan membeli belah tanpa strategi. Saya syorkan dapatkan order dari pelanggan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Contoh Hot Limited Release

Di link ini  di bawah tips "Hot Limited Release adalah senjata anda" ada saya terangkan bagaimana untuk mengenalpasti barangan yang menjadi rebutan dan hampir pasti HABIS dan Out of Stock. Insya Allah dari semasa ke semasa saya akan kongsikan barangan tersebut terutamanya kepada semua rakan niaga/downline saya.

Sebelum membeli kita perlu berikan no id kepada stokis tersebut. Bawa kad ID rasmi Tupperware jika ada just in case stokis tersebut memerlukan kad sebelum membuat pembelian. Pastikan no id yang betul semasa membuat order dan minta staf tersebut ulang pembelian yang kita pesan jika tidak pasti. Kadang-kadang ada staf yang terlupa memberitahu mengenai Exclusive Purchase. Oleh sebab itu adalah di nasihatkan sebelum ke stokis buat senarai barangan yang ingin dibeli di atas kertas, takdalah nanti kita dok bersidai lama-lama di depan kaunter sambil membelek katalog.. Opssss.. Jangan maraaa aaa... :)

Seperkara lagi, kadang-kadang barang yang dah habis kita boleh buat Back Order. Back order.? Apa tu.. Okay katakan ada satu barang limited hot release dah habis stok di stokis dan kempen semasa esok pula tamat. Kita boleh buat back order barang tersebut dan still akan dapat harga yang sama walaupun tempon kempen dah habis. Menarik kan. ? !! :)

5. Sebelum keluar Stokis Tupperware
Sebelum keluar periksa pada penghujung sebelah kiri setiap invoice ada print out "PAID". Jika pada invoice ditulis UN-PAID ini bermaksud staf stokis belum lagi memasukkan barangan yang anda beli ke dalam sistem twbiznet. Ini juga bermaksud komisyen anda juga masih belum dikira. Ada beberapa kes sebelum ini yang staf stokis memasukkan barang yang di beli pelanggan ke dalam ID mereka sendiri. Bukan kita nak meragui kejujuran mereka cuma berhati-hati.

Contoh Paid vs Unpaid Invoice Tupperware

Periksa juga jika ada sebarang kerosakkan pada barang Tupperware yang telah di beli tadi, terutamanya Rice Dispenser dan juga barangan yang di dalam kotak. Kadang-kadang ada yang tersopek sana sini kena bertindak cepat untuk di tukar. :) Kang tak pasal-pasal ada pulak pelanggan kita yang tak puas hati terhadap kerosakkan yang bukan dari sebab kita.

Okay sampai disini sahaja post kali ini. Insya Allah di lain keluaran kita akan berjumpa lagi untuk pelbagai tips dan panduan dalam mengharungi arena tupperware ini. Jangan lupa jenguk-jenguk Facebook rasmi kami Kairina Selections untuk barangan Limited Edition dari Dalam dan Luar Negara,

Hubungi saya 013 331 3918 Aini jika anda berminat untuk sama-sama menjadi rakan niaga. 
Insya Allah kita pasti maju.!!
Kita pasti BERJAYA !!
Aini









No comments:

Post a Comment