Monday, February 11, 2013

Menukar Lid / Penutup Tupperware secara PERCUMA.!

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya penutup atau lid tupperware anda sebenarnya boleh di tukar kalau mengalami kerosakkan secara PERCUMA. Hanya perlu ke stokis dan mereka akan menukarnya dengan yang baru.

Di sini saya juga menerima service tukar barang tuperware brand yang rosak, juga secara percuma.
Untuk yang jauh selain di sekitar Bangi dan Cyberjaya untuk menukar barang anda bolehlah mengeposkannya kepada saya, servis adalah percuma, cuma bayar bagi pengeposan balik sahaja.

TAK PERLU buktikan barang dengan resit, cuma bawa barang jer.

Untuk penutup atau barang yang tiada stock atau dah dis-continued (tak di keluarkan lagi), barang tersebut akan di nilai semula dan boleh ditukar dengan barang yang baru. Ingat ya nilai barang tak boleh di tukar dengan wang.

Antara yang boleh ditukar adalah
- Cracking (Retak)
- Warping (Meleding)
- Chipping (Sumbing)
- Peeling (Mengelupas)


Ada juga keadaan di mana tidak boleh di tukar. Ada yang di antaranya di mana di atas kelalaian dan kealpaan kita sendiri. Antara condition dan keadaan yang tak boleh di tukar adalah.

- Kotoran
- Kesan Gigitan Serangga, Haiwan atau Manusia - Ada orang gigit tupperware tau jangan tak percaya.. :)
- Kesan Kebakaran atau peleburan
- Potongan "cut'
- Tap (pemulas air)
- Strap
- Impak kesan daripada jatuh.
- Warna atau gambar yang pudar
- Kesan cakaran (scratch)

Untuk maklumat lanjut atau cara nak tukar barang boleh hubungi saya di talian 013 331 3918. Saya sedia membantu.. :)

Ini antara lid atau penutup yang saya nak pergi tukar nanti... Semuanya pelanggan yang nak tukar. Mudah kan..? Biar saya yang uruskan untuk anda :)



15 comments:

  1. as salam..
    betulkah product tupperware mudah digigit oleh tikus. ramai yg tak nak beli produk tupperware sbb mgikut kata mereka, tupperware mudah digigit oleh tikus n lipas n bila rosak, kerosakan tersebut tidak dapat ditukar ganti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis atas komen tersebut. Bab kerosakan akibat gigitan haiwan/serangga tidak dapat di tukar ganti itu memang betul. Tapi bab tikus n lipas suka gigit pada tupperware tu agak kurang tepat.. :) sebenarnya bukan sahaja tupperware, plastik lain pun digigitnya jugak.. cuma orang nampak.. bekas plastik = tupperware walaupun sebenarnya tipuware.. :)

      Delete
    2. sori just nk ckp tepaware sy pon digigit tikus.. mmg saya ada baca yg tikus tu gigit kalo tepaware yg kita basuh tdk bersih.. tp saya punye tepaware br je pakai letak di dapur abis tikus gigit.. mmg sedih sgt.. kalo kate ade sisa mknan br je guna.. huhu.. serik jugak la nk beli tepaware yg mhl tu.. event tipuware mcm air soya tu pon tikus x gigit...pelik pula rsnya.. neway utk sis sy moge bertambah maju lagi dengan jualan tepaware ye.. sy just bg saya punye pengalaman.. thanks..

      Delete
    3. Saya punya penutup tupperware pun semua kena gigit tikus..

      Penutup je yg digigit. Bekas nya alhamdulillah .masih elok..

      Saya perasan tikus gigit tupperware yg lembut.
      😭😭

      Delete
  2. assalam . sis... saya ingin bertanye... sebenarnya banyak tupperware saya yg lid dia rosak...selama ni saya tak tahu yg boleh tukar... jadi saya buang semua lid tu... boleh ke kalau saya nak order untuk lid sahaja? tq :)

    ReplyDelete
  3. haah lah sy pun x tsu yg lid bleh tukar..sy pnya lid sampai dah patah teruk..bleh lg ke nak tukar..

    ReplyDelete
  4. Botol air yang retak boleh ditukar ka..??

    ReplyDelete
  5. Kalau bukan ahli masih boleh tukar ke tupperware yg retak?

    ReplyDelete
  6. Salam.nk tnya..klu sy beli on9 dan tersalah beli saiz bekas blh ke sy tukar saiz ye???

    ReplyDelete
  7. Assalam, boleh tak kalau saya nak beli penutup botol air, sbb saya punya dah hilang...

    ReplyDelete
  8. dah x boleh tukar.. ada jual tak ? penutup

    ReplyDelete
  9. byk benar penutup kat rumah ni pecah... yee lah.. keno ikut fitrah alam.. x ada benda yg kekal elok atas dunia ni...

    ReplyDelete
  10. Kedai beroperasi ke dlm tempoh pkp ni

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nak tanya. Kalau nak beli lid sahaja boleh ke?

    ReplyDelete