Tuesday, February 12, 2013

Cara dan tips penjagaan Rice Dispenser Tupperware @ Tong Beras


Hari ni saya ingin kongsikan cara penjagaan dan tips pengunaan Rice Dispenser daripada Tupperware.- yang kadang-kadang sesetengah orang panggil tong beras :)

 

Biasanya beras disimpan didalam tempayan, pasu atau tong plastik yang besar. Untuk mengambil beras tersebut biasanya kita akan menggunakan cawan kecil yang diambil atau dicedok dari bahagian atas. Kaedah ini akan mengakibatkan pembiakan bubuk/kutu beras dan pencemaran beras. Ini adalah kerana disebabkan sentuhan dengan tangan yang basah atau terlupa menutup penutup bekas. Dengan Rice Dispenser ini kita akan dapat mengelakkan perkara di atas berulang dan terjadi kerana kita mengambil beras tadi daripada bahagian bawah. 


Antara lain kelebihan Rice Dispenser ini adalah..

1. Rekabentuk laci pengeluaran beras yang unik dan ianya praktikal untuk mengelakkan sentuhan daripada beras yang lain.

2. Kapasi pengeluaran bagi setiap tarikan adalah lebih kurang 150g beras atau 1 cawan beras. Terus jer masuk kedalam periuk nasi.

3. Kaedah FIFO-First in, First Out iaitu beras lama (bahagian bawah) dikeluarkan dahulu sebelum beras baru (beras yang berada di bahagian atas)

4. Saiz yang comel, warna yang cantik, menjimatkan ruang dan sesuai diletakkan di mana-mana sudut ruangan dapur. Tidak perlu dah membongkok ketika mengambil beras :)

5. Boleh menyimpan sehingga 10.5kg beras dan ianya sesuai untuk kapasiti pemakanan seisi keluarga.

6. Tingkap (ruangan cermin) di hadapan memudahkan kita melihat jumlah beras yang masih tinggal.

7. Bahagian bawah bergetah yang anti-skid (mengelongsor) untuk mengelakkannya jatuh akibat terlanggar.

8. Bahagian bawahnya juga lebih tinggi dan water resistant sekaligus dapat menghalang air daripada masuk melalui bawah bekas. Life Time Warranty sudah tentunya.

8. Setiap bahagian bagi Rice Dispenser ini juga mudah di tanggalkan untuk dibersihkan. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut cara membuka dan membersihkan Rice Dispenser ini.

Cara-cara membuka dan membersihkan Rice Dispenser (RD).

Langkah 1 : Buka penutup atas RD


Langkah 2 : Pindahkan / salin beras di dalam RD ke bekas yang lain untuk sementara waktu


Langkah 3 : Kosongkan RD tadi. Tarik dan sorong laci RD beberapa kali untuk memastikan tiada lagi beras yang tinggal.


Langkah 4 : Keluarkan dan tanggalkan bekas penadah beras (bahagian bawah).


Langkah 5 : Lihat di bahagian dalam di bawah bekas RD. Ada seperti butang penyangkut. Ini berfungsi untuk mengetatkan/mencantumkan bahagian atas dan bawah RD anda. Cungkil sedikit butang tersebut dan dengan mudah anda akan dapat menanggalkannya.


 Langkah 6 : Ini adalah rupa butang tersebut setelah kita menanggalkannya.


Langkah 7 : Tanggalkan bahagian laci / "slider" daripada bahagian bawah RD tadi.


Langkah 8 : Ada 5 bahagian utama keseluruhan RD ini. Semuanya sudah siap untuk di basuh. Jangan lupa keringkan dulu sebelum memasukkan beras semula ya. :) 



Kepada yang berminat anda boleh dapatkan Rice Dispenser (RD) ini dengan hanya RM 250 dengan penghantaran pos PERCUMA untuk kemana-mana negeri di Semenanjung Malaysia. :).

Dan untuk lebih menarik lagi. Saya kasi 1 lagi PERCUMA Mystery Gift.!! Wahhhhh... Suka tak..?

Sudah semestinya dengan menjadi ahli, anda akan dapat Rice Dispenser idaman hati ini dengan lebih MURAH lagi...

Kalau nak dapat banyak lagi hadiah dari saya dan diskaun yang lebih lagi sehingga 25% untuk semua barangan dalam katalog. Hubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli. Pilihan di tangan anda.!!

Hanya RM70 sahaja untuk seumur hidup. :)

Berbaloi-baloi tau!! Aini 013 331 3918

3 comments:

  1. saya nak tumpang tanya..penutup bekas beras ni tak berapa ketat ye? seakan-akan terletak je...mmg mcm tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul.. dia terletak.ngam-gam dengan bekas tersebut. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete