Wednesday, October 29, 2014

Majalah Inspira Tupperware - Testimoni kejayaan kita bersama

Salam Pembaca yang disayangi.

Hari ini merupakan di antara hari yang paling gembira buat saya kerana muncul untuk testimonial di dalam majalah Inspira Tupperware. Buat pengetahuan pembaca semua, majalah Inspira merupakan majalah berkala yang diedarkan kepada semua Consultant Tupperware di seluruh Malaysia dan Singapura secara percuma. Inspirasi kejayaan mereka yang sebelum ini muncul di dalam majalah tersebut sebenarnya merupakan pemangkin membakar semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini, 


Alhamdulilah syukur kepada Allah. Kejayaan yang saya miliki hari ini bukan milik saya sahaja tapi milik semua rakan niaga saya. Terima kasih segalanya, Tanpa anda semua mungkin saya masih lagi berada di takuk yang lama. Dengan izin Allah kita juga sama-sama boleh berada di puncak kejayaan. Jalan yang semak dan penuh rintangan telah mula nampak cahayanya, Jalan yang berlekuk dan berlubang sudah mula nampak turapannya. Samada kita hendak melangkah kehadapan atau tidak adalah bergantung kepada keputusan anda sendiri. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Bertatih atau berlari bukan pengukur sebuah kejayaan tetapi hasil usaha keringat sendiri sebenarnya merupakan kepuasan yang tiada tolok bandingnya.


Dunia Tupperware adalah tidak asing bagi saya. Suatu masa dahulu saya juga adalah pembeli tegar Tupperware. Tidak pernah saya impikan untuk berniaga atau untuk sampai ke tahap dimana saya berada sekarang. Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa untuk memiliki pendapatan bulanan yang lumayan seperti hari ini seperti sesuatu yang mustahil. Tetapi pada awal Januari 2013 saya telah tekadkan keazaman saya perlu berubah untuk meningkatkan pendapatan keluarga, saya mahu buktikan walaupun saya tidak berkerja di pejabat saya juga mampu memiliki pendapatan bulanan. Saya kukuhkan azam dan bulatkan tekad suatu hari nanti matlamat kebebasan kewangan akan menjadi milik saya dan keluarga.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit apa yang yang telah saya dan suami usahakan telah mula membuahkan hasil. Saya berjaya merubah taraf hidup keluarga, berpeluang melancong ke luar negara percuma, mempelajari mengenai selok belok perniagaan disamping menikmati faedah dan bonus yang menarik setiap bulan. Semuanya di atas dorongan, sokongan dan komitmen semua rakan niaga saya dalam Dunia Tupperware. 


Perkara yang paling penting dalam perniagaan ini adalah MENGHARGAI pelanggan. Pelanggan bukan sahaja orang yang membeli tapi juga rakan niaga atau downline kita sendiri. Konsep menghargai, berkongsi kejayaan dan kesungguhan merupakan di antara resepi rahsia yang sentiasa saya terapkan di dalam kumpulan keluarga kami. Inilah sebenarnya yang menjadi nadi dan inspirasi kejayaan saya selama ini. Saya doakan semua rakan niaga saya berjaya seperti saya malahan lebih dari itu. Yes! You Can !!

Mari berkongsi kejayaan dengan saya. SMS/WhatsApp/Tel : Aini 0133313918


Thursday, October 23, 2014

Menambah pendapatan dengan menjual Tupperware di Malaysia


Salam Pembaca sekalian.

Idea menjual Tupperware mungkin di anggap ketinggalan zaman tetapi ia masih merupakan cara yang sah dari segi undang-undang dan juga cara paling mudah untuk menambah pendapatan. Secara purata pendapatan permulaan bagi yang BARU sahaja bergelar consultant adalah diantara RM 250-500 sebulan bergantung kepada konsistensi, strategi dan tunjuk ajar yang betul. Memang ramai di luar sana yang menjual tupperware tapi adakah mereka melakukannya dengan cara yang betul. Persaingan itu adalah sihat tapi jika persaingan itu di sulami dengan perasaan dengki khianat, menjual murah dari kos, tidak jujur dan tuduh menuduh maka persaingan akan bertukar menjadi persengketaan. Elakan dari semua elemen negatif ini untuk kita berjaya. Kita hendak berniaga lama, bukan satu atau dua bulan.


Menjual Tupperware adalah salah satu cabang perniagaan hebat yang murah untuk dimulakan, mudah untuk dilakukan disamping ganjaran yang amat istimewa. Antara ganjaran tersebut adalah komisyen yang tinggi setiap bulan, lawatan ke luar negara, pelan pendidikan percuma untuk anak-anak, tawaran kereta percuma dan sebagainya. Untuk setiap jualan Tupperware anda bakal menerima hampir 25% hasil keuntungan. Di dalam Team kami sendiri jika anda mencapai target yang di tetapkan anda bakal menerima hadiah-hadiah berganda dari dalam dan luar negara hampir setiap bulan. Amat berbaloi dan sangat menguntungkan, Dengan hanya bermodalkan RM70 anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri. Insya Allah saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh berjaya dengan modal yang amat minimum ini.

Dengan RM 70 ini anda bakal menerima kit permulaan untuk anda memulakan perniagaan. Saya akan membimbing anda dalam perniagaan ini satu persatu dari satu langkah ke satu langkah sehingga anda berjaya. Dalam team saya semuanya saya akan kongsikan bersama. Anda tidak perlu menghadiri mesyuarat atau gathering tetapi ada perbincangan dalam talian, forum atau sokongan komuniti kami yang boleh anda sertai jika memerlukannya.



Walaupun tiada kewajipan atau kuota yang perlu di penuhi, anda boleh menggandakan pendapatan anda dengan merekrut. Jika tidak mahu merekrut tiada masalah. Terpulang kepada diri masing-masing. Tiada paksaan dalam team kami. Anda juga boleh berjaya dengan melakukan parti tupperware di rumah atau dengan mengikuti road show yang diadakan, Semua ini sedikit sebanyak akan membantu diri anda dan membentuk peribadi positif ketika berinteraksi dengan pelanggan. Cuba bina jaringan perniagaan dan pelanggan anda ketika berada di majlis-majlis rasmi seperti perkhawinan, majlis hari jadi atau jamuan pejabat. Pastikan ada senaskah katalog dalam tas tangan anda. Mungkin pada permulaan anda akan rasa sedikit kekok. Tetapi lama kelamaan anda akan dapat mencari rentak anda sendiri. Belajar dan cuba untuk memulakan perbualan dengan orang yang terdekat dengan anda dahulu kemudian barulah beralih kepada orang yang asing dan di luar zon selesa anda.

Dengan Tupperware, anda boleh bekerja pada kelajuan anda sendiri, menetapkan masa anda sendiri, di mana kerja yang anda suka, dan bagaimana anda mahu. Insya Allah semuanya saya akan terangkan satu persatu jika anda bersama-sama saya dalam satu team yang dinamik dan bertenaga ini. Dengan strategi yang betul kita akan sama-sama menempa kejayaan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Boleh Whatsup, Telefon, SMS atau Call seperti makumat di bawah.
Aini 013 331 3918


Tuesday, May 13, 2014

Program 5 Bulan jadi Director Tupperware

Salam pembaca dan rakan niaga saya sekalian.

Bertemu lagi kita dalam post terbaru untuk hari ini. Hari ini saya akan sentuh mengenai program yang saya cetuskan kepada semua rakan niaga saya.

 Program 5 Bulan Jadi Director 
Program 5 Bulan jadi Director Tupperware

Program ini saya lancarkan pada 5 February 2014 yang lalu. Walaupun ada yang skeptikal dan memandang sepi tetapi sebenarnya sambutan adalah mengalakkan pada permulaan pelancaran. Ramai yang berminat untuk berjaya, tapi hanya beberapa orang sahaja yang TEKAD untuk berjaya. Mungkin belum bersedia atau mungkin di atas kekangan kerja atau belum sampai waktu. Kepada yang menyatakan minat anda memang berani untuk menyahut cabaran..!! Walaupun masih belum bergelar director pada ketika ini, sekalung tahniah saya ucapkan kerana anda dah mulakan langkah pertama dalam bidang ini untuk bergelar Director. Saya sentiasa akan mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

Tujuan program ini saya anjurkan adalah untuk memberi peluang kepada semua rakan niaga dan semua bakal-bakal consultant saya untuk sama-sama berjaya dalam Tupperware. Perkara-perkara asas, rahsia kejayaan dan tips menjadi director yang CEMERLANG, semuanya saya kongsikan bersama. Dalam team ini saya senantiasa memupuk semangat kekeluargaan dan saling berganding bahu untuk sama-sama berjaya. Mungkin pada suatu ketika kita nampak seperti kita bersaing antara satu sama lain, tapi pada hakikatnya kita complete each other untuk memperbaiki diri kita. Semua ruang kosong kita penuhi, dan semua kesulitan kita hadapi bersama. Buang jauh-jauh perasaan dengki dan khianat. Tanamkan semangat cemburu positif dalam diri. :)

Bakal-bakal Director. Insya Allah

Untuk menyertai program ini anda bolehlah menghubungi saya. Program ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua rakan niaga dan bakal-bakal consultant dalam Team saya. Bukan itu sahaja, jika setiap cabaran yang saya lontarkan dalam program ini dapat anda selesaikan, Anda dapat HADIAH lagi..!! 5 cabaran dengan 5 hadiah selama 5 bulan yang juga PERCUMA..!! Khusus dari saya. Jangan berlengah lagi.. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Program peringkat pertama ini telah berjaya melahirkan dua orang graduan yang amat komited dan bersemangat tinggi. Merekalah diantara shining star bagi Team Super Power ini. Semangat yang tidak pernah luntur dan senantiasa yakin pada diri sendiri merupakan resepi rahsia kejayaan mereka.

Shinning star yang pertama yang ingin saya ketengahkan pada post kali ini adalah Puan Suryani dari Pulau Pinang. Merupakan wanita yang berkerjaya tapi tetap mampu meluangkan masa untuk menambah sedikit sebanyak pendapatan melalui Tupperware. Beliau merupakan seorang ibu kepada seorang baby boy yang sangat comel dan sentiasa mengamalkan natural parenting, penyusuan dan pemakanan bayi.

Puan Suryani dari Pulau Pinang

Sepanjang proses Program 5 bulan jadi Director ini beliau tekad untuk berjaya. Walaupun gagal pada percubaan DIQ yang pertama, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan usaha untuk bergelar Director. Semangat inilah yang kita mahu dan perlu contohi untuk semua bakal Director. Kegagalan tidak bermakna kita kalah tetapi ianya membuka ruang untuk kita perbaiki diri kita. Ribuan tahniah kepada Puan Suryani saya ucapkan kerana menjadi wanita yang cekal dan tekad untuk berjaya. Kepada yang ingin menimba pengalaman dan berkongsi rahsia kejayaan dengan beliau boleh layari blog rasmi beliau yang cantik dan sangat informatif di www.chybeelila.com.

Shinning star seterusnya ialah seorang penjawat awam yg berkhidmat di Putrajaya iaitu Puan Fathia. Beliau juga merupakan seorang ibu muda berkerjaya yang mempunyai seorang anak perempuan yang sangat-sangat cute. Keinginan untuk menambah pendapatan sampingan membuatkan beliau bertekad untuk serius menceburkan diri dlm perniagaan ini. Walaupun mempunyai saingan di tempat kerja, beliau tetap berfikiran positif beliau mampu berjaya.

Puan Fathia dari Putrajaya

Beliau seorang yang peramah dan selalu bertukar-tukar fikiran dengan semua rakan niaga yang lain. Untuk program ini beliau berjaya graduate dari program ini sebulan lebih awal daripada yang sepatutnya. Saya amat bertuah berkenalan dengan beliau yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Dengan team yang sedia ada saya yakin Puan Fathia mampu menggegar pentas Tupperware suatu hari nanti. Kepada yang berada di sekitar Putrajaya dan ingin menambah pendapatan sampingan bolehlah menghubungi beliau di facebook rasminya di TD Homeshopping.

Alhamdulillah setakat ini Program 5 Bulan jadi Director telah TERBUKTI berjaya melahirkan beberapa Director yang berpotensi untuk CEMERLANG pada masa akan datang. Pada ketika ini ada 8 orang yang sedang saya bimbing dan 2 orang lagi sedang dalam proses melengkapkan DIQ. Dengan asas yang kukuh saya percaya mereka mampu melakukannya,

Kepada yang berminat untuk menyertai program yang saya anjurkan ini, sila hubungi saya. Program adalah terbuka sepanjang tahun. Insya Allah saya akan terangkan satu persatu dan guide anda dari satu langkah ke satu langkah hingga anda berjaya. Program ini saya susun sendiri adalah secara REALISTIK untuk mereka yang mempunyai kekangan waktu dan modal. Apa yang anda perlukan hanyalah iltizam dan tekad untuk BERJAYA. Jalan yang semak samun telah saya tebang khas untuk anda. Yang anda perlukan hanyalah untuk mengangkat langkah pertama untuk berjaya.

Hubungi saya sekarang untuk mengubah kehidupan anda. Mencuba adalah PERCUMA !!

Tel /SMS/ Whatapp / Aini 013 331 3918










Sunday, May 11, 2014

Bagaimana cara ingin membuka stokis Tupperware?

Salam Tahun 2014 :)

Buat pembaca saya yang budiman. 
Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf kerana lama tak update blog ni. Mungkin kerana kekangan waktu membataskan saya untuk menulis sepatah dua kata dalam blog ini. Insyallah pada masa akan datang saya akan cuba. paling tidak seminggu sekali saya menulis blog ya. :)

Okay topik saya pada malam ini adalah cara untuk membuka stokis tupperware.

 Stokis di Dengkil yang selalu saya kunjungi untuk membeli belah. :)

Kebelakangan ini banyak yang message saya samada di whatsapp atau sms untuk tahu cara-cara membuka stokis. Bila di tanya dah jadi ahli belum. Jawapannya tetap sama. DAH..!! Samada upline nya tak memberi maklumat dan penerangan atau info ni secretly guarded by their up-line. Apapun Insya-Allah saya cuba terangkan sedikit sebanyak kepada semua pembaca terutamanya kepada semua rakan niaga (downline) saya. Nak tau lebih lanjut kena join team saya... :)  Dapat Double FREE GIFT lagi Exclusive dari saya . :)

Sebenarnya mudah sahaja jika anda benar-benar berminat ingin membuka satu stokis. Mulakan langkah anda dengan .....
Mendaftar sebagai seorang Tupperware Consultant

Ya.. Ini langkah pertama anda. Daftar dengan orang yang boleh membantu anda dan membimbing anda kearah impian anda membuka satu stokis. Berdamping dengan orang yang berjaya dan berpengalaman adalah penting untuk anda tahu selok belok mengenai dunia Tupperware. Macamana nak berundur...macamana nak menyerang dan macamana nak maneuver jika berlaku sebarang masalah.

Kedua. Product Knowledge.
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan produk Tupperware. Pastikan maklumat dihujung jari. Bukan di handphone tapi di sel-sel otak kita yang sedia berhubung tu. Kalau boleh ingat harga sekali. Let say.. Berapa harga Eco Bottle 1L... Terus dapat jawap.. Takyah belek-belek katalog dah. Pastikan kita tau kelebihan produk dan kebaikan dengan mengunakan produk Tupperware. Dengan pengetahuan yang mendalam barulah kita boleh berhadapan dengan sebarang persoalan dan pertanyaan daripada pelanggan kita. Dengan menjadi seorang consultant yang berpengetahuan kita lebih yakin dan bersemangat untuk berjaya dalam bidang ini, 

Untuk membuka stokis, inilah diantara perkara yang perlu ada selain daripada mengadakan road show, recognition, personal challenge, group party dan sebagainya.

Handbook dihujung jari..

Itu perkara asas. So bagaimana secara teknikalnya?

Secara teknikalnya jika anda benar-benar berminat membuka stokis anda perlu bergelar Associate Executive Director (AED) dan keatas. (Dulu hanya 5 star sekarang AED). Ya!!! ia taklah semudah membuka stokis MLM atau franchise yang lain. Ada duit pun tak boleh bukak kalau anda bukan AED. AED mempunyai minimum 8 Director di Level 1. Dan 4 daripada Director tersebut adalah sekurang-kurangnya 1 Star Director.

Kenapa di tetapkan demikian.? Saya takda jawapan yang spesifik tapi pada pendapat saya Tupperware HQ mahu orang yang komited dan mempunyai base yang kukuh. Secara realistiknya jika anda mempunyai rangkaian yang kukuh maka produk yang dijual lebih mudah di jual dan di edarkan. HQ sendiri akan mengenalpasti individu yang mempunyai prestasi yang cemerlang, konsisten dan mempunyai track rekod yang baik. Dengan membuka stokis, kita juga mempunyai target sale yang perlu di penuhi setiap hujung bulan.

Modal membuka satu satu stokis tidak kurang daripada 500K termasuk sewa dan proses renovation. HQ akan support signboard, design, banner dan lain-lain mengikut perjanjian keperluan. Kita juga boleh apply untuk membuka stokis (dengan syarat AED). HQ akan panggil interview, dan kita boleh memilih kawasan mana pun asalkan tidak berdekatan dengan stokis sedia ada sekitar 5km. Paling penting FULL TIME.!

Soalan seterusnya..? Perlu ker untuk buka stokis untuk berjaya.?

 Cheque setiap hujung bulan... Seronok kan..? :)

Jawapan. Sudah tentu TIDAK PERLU. Anda juga boleh berjaya tanpa stokis. Saya kenal 2 orang yang bergelar SED dan seorang ED yang tidak mempunyai stokis langsung. Mereka juga mampu berjaya dan bebas kewangan tanpa stokis. 

Yang penting kukuhkan dengan perkara-perkara asas dalam Tupperware. Saya dah terangkan 2 perkara asas seperti di atas. Ada beberapa lagi perkara asas yang saya selalu kongsikan bersama-sama dengan semua rakan niaga saya seperti satu keluarga yang besar.. Berminat...? Bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut. Aini 013 331 3918.

Jumpa lagi di post yang seterusnya. Layari Facebook rasmi kami search : Kairina.Selections
*Jika mana antara makumat diatas tidak tepat atau sudah dikemaskini bolehlah berhubung dengan saya untuk di perbetulkan