Wednesday, October 29, 2014

Majalah Inspira Tupperware - Testimoni kejayaan kita bersama

Salam Pembaca yang disayangi.

Hari ini merupakan di antara hari yang paling gembira buat saya kerana muncul untuk testimonial di dalam majalah Inspira Tupperware. Buat pengetahuan pembaca semua, majalah Inspira merupakan majalah berkala yang diedarkan kepada semua Consultant Tupperware di seluruh Malaysia dan Singapura secara percuma. Inspirasi kejayaan mereka yang sebelum ini muncul di dalam majalah tersebut sebenarnya merupakan pemangkin membakar semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini, 


Alhamdulilah syukur kepada Allah. Kejayaan yang saya miliki hari ini bukan milik saya sahaja tapi milik semua rakan niaga saya. Terima kasih segalanya, Tanpa anda semua mungkin saya masih lagi berada di takuk yang lama. Dengan izin Allah kita juga sama-sama boleh berada di puncak kejayaan. Jalan yang semak dan penuh rintangan telah mula nampak cahayanya, Jalan yang berlekuk dan berlubang sudah mula nampak turapannya. Samada kita hendak melangkah kehadapan atau tidak adalah bergantung kepada keputusan anda sendiri. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Bertatih atau berlari bukan pengukur sebuah kejayaan tetapi hasil usaha keringat sendiri sebenarnya merupakan kepuasan yang tiada tolok bandingnya.


Dunia Tupperware adalah tidak asing bagi saya. Suatu masa dahulu saya juga adalah pembeli tegar Tupperware. Tidak pernah saya impikan untuk berniaga atau untuk sampai ke tahap dimana saya berada sekarang. Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa untuk memiliki pendapatan bulanan yang lumayan seperti hari ini seperti sesuatu yang mustahil. Tetapi pada awal Januari 2013 saya telah tekadkan keazaman saya perlu berubah untuk meningkatkan pendapatan keluarga, saya mahu buktikan walaupun saya tidak berkerja di pejabat saya juga mampu memiliki pendapatan bulanan. Saya kukuhkan azam dan bulatkan tekad suatu hari nanti matlamat kebebasan kewangan akan menjadi milik saya dan keluarga.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit apa yang yang telah saya dan suami usahakan telah mula membuahkan hasil. Saya berjaya merubah taraf hidup keluarga, berpeluang melancong ke luar negara percuma, mempelajari mengenai selok belok perniagaan disamping menikmati faedah dan bonus yang menarik setiap bulan. Semuanya di atas dorongan, sokongan dan komitmen semua rakan niaga saya dalam Dunia Tupperware. 


Perkara yang paling penting dalam perniagaan ini adalah MENGHARGAI pelanggan. Pelanggan bukan sahaja orang yang membeli tapi juga rakan niaga atau downline kita sendiri. Konsep menghargai, berkongsi kejayaan dan kesungguhan merupakan di antara resepi rahsia yang sentiasa saya terapkan di dalam kumpulan keluarga kami. Inilah sebenarnya yang menjadi nadi dan inspirasi kejayaan saya selama ini. Saya doakan semua rakan niaga saya berjaya seperti saya malahan lebih dari itu. Yes! You Can !!

Mari berkongsi kejayaan dengan saya. SMS/WhatsApp/Tel : Aini 0133313918


No comments:

Post a Comment