Wednesday, October 29, 2014

Majalah Inspira Tupperware - Testimoni kejayaan kita bersama

Salam Pembaca yang disayangi.

Hari ini merupakan di antara hari yang paling gembira buat saya kerana muncul untuk testimonial di dalam majalah Inspira Tupperware. Buat pengetahuan pembaca semua, majalah Inspira merupakan majalah berkala yang diedarkan kepada semua Consultant Tupperware di seluruh Malaysia dan Singapura secara percuma. Inspirasi kejayaan mereka yang sebelum ini muncul di dalam majalah tersebut sebenarnya merupakan pemangkin membakar semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini, 


Alhamdulilah syukur kepada Allah. Kejayaan yang saya miliki hari ini bukan milik saya sahaja tapi milik semua rakan niaga saya. Terima kasih segalanya, Tanpa anda semua mungkin saya masih lagi berada di takuk yang lama. Dengan izin Allah kita juga sama-sama boleh berada di puncak kejayaan. Jalan yang semak dan penuh rintangan telah mula nampak cahayanya, Jalan yang berlekuk dan berlubang sudah mula nampak turapannya. Samada kita hendak melangkah kehadapan atau tidak adalah bergantung kepada keputusan anda sendiri. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Bertatih atau berlari bukan pengukur sebuah kejayaan tetapi hasil usaha keringat sendiri sebenarnya merupakan kepuasan yang tiada tolok bandingnya.


Dunia Tupperware adalah tidak asing bagi saya. Suatu masa dahulu saya juga adalah pembeli tegar Tupperware. Tidak pernah saya impikan untuk berniaga atau untuk sampai ke tahap dimana saya berada sekarang. Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa untuk memiliki pendapatan bulanan yang lumayan seperti hari ini seperti sesuatu yang mustahil. Tetapi pada awal Januari 2013 saya telah tekadkan keazaman saya perlu berubah untuk meningkatkan pendapatan keluarga, saya mahu buktikan walaupun saya tidak berkerja di pejabat saya juga mampu memiliki pendapatan bulanan. Saya kukuhkan azam dan bulatkan tekad suatu hari nanti matlamat kebebasan kewangan akan menjadi milik saya dan keluarga.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit apa yang yang telah saya dan suami usahakan telah mula membuahkan hasil. Saya berjaya merubah taraf hidup keluarga, berpeluang melancong ke luar negara percuma, mempelajari mengenai selok belok perniagaan disamping menikmati faedah dan bonus yang menarik setiap bulan. Semuanya di atas dorongan, sokongan dan komitmen semua rakan niaga saya dalam Dunia Tupperware. 


Perkara yang paling penting dalam perniagaan ini adalah MENGHARGAI pelanggan. Pelanggan bukan sahaja orang yang membeli tapi juga rakan niaga atau downline kita sendiri. Konsep menghargai, berkongsi kejayaan dan kesungguhan merupakan di antara resepi rahsia yang sentiasa saya terapkan di dalam kumpulan keluarga kami. Inilah sebenarnya yang menjadi nadi dan inspirasi kejayaan saya selama ini. Saya doakan semua rakan niaga saya berjaya seperti saya malahan lebih dari itu. Yes! You Can !!

Mari berkongsi kejayaan dengan saya. SMS/WhatsApp/Tel : Aini 0133313918


Thursday, October 23, 2014

Menambah pendapatan dengan menjual Tupperware di Malaysia


Salam Pembaca sekalian.

Idea menjual Tupperware mungkin di anggap ketinggalan zaman tetapi ia masih merupakan cara yang sah dari segi undang-undang dan juga cara paling mudah untuk menambah pendapatan. Secara purata pendapatan permulaan bagi yang BARU sahaja bergelar consultant adalah diantara RM 250-500 sebulan bergantung kepada konsistensi, strategi dan tunjuk ajar yang betul. Memang ramai di luar sana yang menjual tupperware tapi adakah mereka melakukannya dengan cara yang betul. Persaingan itu adalah sihat tapi jika persaingan itu di sulami dengan perasaan dengki khianat, menjual murah dari kos, tidak jujur dan tuduh menuduh maka persaingan akan bertukar menjadi persengketaan. Elakan dari semua elemen negatif ini untuk kita berjaya. Kita hendak berniaga lama, bukan satu atau dua bulan.


Menjual Tupperware adalah salah satu cabang perniagaan hebat yang murah untuk dimulakan, mudah untuk dilakukan disamping ganjaran yang amat istimewa. Antara ganjaran tersebut adalah komisyen yang tinggi setiap bulan, lawatan ke luar negara, pelan pendidikan percuma untuk anak-anak, tawaran kereta percuma dan sebagainya. Untuk setiap jualan Tupperware anda bakal menerima hampir 25% hasil keuntungan. Di dalam Team kami sendiri jika anda mencapai target yang di tetapkan anda bakal menerima hadiah-hadiah berganda dari dalam dan luar negara hampir setiap bulan. Amat berbaloi dan sangat menguntungkan, Dengan hanya bermodalkan RM70 anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri. Insya Allah saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh berjaya dengan modal yang amat minimum ini.

Dengan RM 70 ini anda bakal menerima kit permulaan untuk anda memulakan perniagaan. Saya akan membimbing anda dalam perniagaan ini satu persatu dari satu langkah ke satu langkah sehingga anda berjaya. Dalam team saya semuanya saya akan kongsikan bersama. Anda tidak perlu menghadiri mesyuarat atau gathering tetapi ada perbincangan dalam talian, forum atau sokongan komuniti kami yang boleh anda sertai jika memerlukannya.



Walaupun tiada kewajipan atau kuota yang perlu di penuhi, anda boleh menggandakan pendapatan anda dengan merekrut. Jika tidak mahu merekrut tiada masalah. Terpulang kepada diri masing-masing. Tiada paksaan dalam team kami. Anda juga boleh berjaya dengan melakukan parti tupperware di rumah atau dengan mengikuti road show yang diadakan, Semua ini sedikit sebanyak akan membantu diri anda dan membentuk peribadi positif ketika berinteraksi dengan pelanggan. Cuba bina jaringan perniagaan dan pelanggan anda ketika berada di majlis-majlis rasmi seperti perkhawinan, majlis hari jadi atau jamuan pejabat. Pastikan ada senaskah katalog dalam tas tangan anda. Mungkin pada permulaan anda akan rasa sedikit kekok. Tetapi lama kelamaan anda akan dapat mencari rentak anda sendiri. Belajar dan cuba untuk memulakan perbualan dengan orang yang terdekat dengan anda dahulu kemudian barulah beralih kepada orang yang asing dan di luar zon selesa anda.

Dengan Tupperware, anda boleh bekerja pada kelajuan anda sendiri, menetapkan masa anda sendiri, di mana kerja yang anda suka, dan bagaimana anda mahu. Insya Allah semuanya saya akan terangkan satu persatu jika anda bersama-sama saya dalam satu team yang dinamik dan bertenaga ini. Dengan strategi yang betul kita akan sama-sama menempa kejayaan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Boleh Whatsup, Telefon, SMS atau Call seperti makumat di bawah.
Aini 013 331 3918