Hari ni saya nak share satu movie... "The Revenant" movie terbaru lakonan dari actor Leonardo Dicaprio. Kalau ada masa dan berpeluang, saya rekemen movie ni untuk semua consultant dan rakan niaga saya tengok. Kisahnya mengenai seorang tracker (penjejak jalan) yang ditinggalkan oleh kumpulannya setelah diserang seekor beruang.
Selain dari cinematography landskap yang sangat menarik dan cantik, banyak yang sebenarnya kita boleh belajar. Filem ini mengajar kita untuk tidak mudah mengalah dan sentiasa mencari jalan penyelesaian pada setiap rintangan. Saya tak nak cerita mengenai plot filem ni, nanti spoilled the mood :). Tapi apa yang saya boleh kongsikan adalah pengajaran yang boleh kita pelajari, dan nilai kemanusiaan yang boleh kita terapkan dalam kehidupan kita..
Ini diantara quotes (kata-kata) dalam filem ini yang boleh kita ambil pengajaran dan pelajari... "As long as you can still grab a breath, you fight. You breathe and keep breathing.."
Setiap perniagaan walau apapun barang dan servis yang ditawarkan.. ada pasang dan surutnya.. Kita sebagai seorang consultant bukan sahaja perlu konsisten tetapi juga cekal dan tabah jika ada halangan dan rintangan. Saya sentiasa cakap pada diri saya dan kepada rakan niaga sekalian.. bagi setiap halangan disitu ada peluang.. Banyakkan bersabar dan cuba improvise untuk setiap jalan keluar.
Jika kita merasa kita down dan sebagainya. Dekati orang tersayang.. suami/isteri.. anak-anak atau ahli keluarga terdekat.. Renungi mereka dan cari semula kekuatan dimata yang dikasihi...Ingat kembali nyalaan semangat anda untuk mengubah kehidupan semasa mendaftar dahulu..
Dalam filem ini juga diceritakan, motivasi penjejak tersebut untuk terus survive adalah kerana balas dendam.. Dalam perniagaan motivasi adalah elemen yang sangat penting untuk berjaya. Motivasi yang beraura sebenarnya negatif ini sebenarnya boleh kita tukar kepada yang lebih positif dan membina.. Jadikan ianya cabaran untuk kita lebih berjaya.. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. Seperti kata-kata penjejak tersebut ketika berjumpa dengan seterunya.. "Revenge is in god's hands not mine." Jumpa lagi untuk entry lain pada masa akan datang untuk pengkisahan yang lain pula.. :)
puan di area mana..sy nk join
ReplyDeletepuan di area mana..sy nk join
ReplyDelete