3 Tips suri rumah berbisnes Online
Salam semua..hari ni Kakani nak kongsi bagaimana sebagai seorang surirumah sperti akak menguruskan masa untuk keluarga dan juga bisnes tupperware yang dicintai ini :) Kak ani juga mengamalkan pengambilan chiaseed untuk lebih bertenaga setiap hari menjalankan urusan surirumah yang tak pernah selesai..hehehehe1. Jika ada anak
Pastikan urusan anak-anak diutamakan. Atur masa, atur aktiviti mereka ikut jadual. Tetapkan masa tidur, masa makan atau menyusu, permulaannya memang sukar tetapi apabila sudah terbiasa, anak anak akan berdisiplin dan mudah kita untuk plan tempoh dan masa untuk urus bisnes.
2. Suami dan komitmen
Nyatakan hasrat anda membantu suami dan pohon sedikit komitmen dari suami. Suami yang baik akan memberi sokongan penuh dan membantu anda memudahkan urusan bisnes online. Anda perlu libatkan suami dan visualize kan pada suami yang bisnes online ini akan menjadi bisnes keluarga.
3. Tetap target harian dan bulanan
Ramai yang tahu, target jualan sangat penting. Sentiasa kongsikan dengan suami sama ada jualan capai target atau tidak. Suami akan lebih memahami dan akan membantu bersama untuk anda capai target anda. Letakkan target permulaan yang minima dan perlahan-lahan naikkan sasaran. Anda akan lebih bersemangat dengan cara ini.
ok..itu saja untuk masa ni..nanti Kakani sambung lagi yer...harap bermanafaat untuk pembaca sekalian...byeeee . Kalau ada yang berminat nak join bisnes dengan KakAni jangan segan-segan..jangan malu-malu..contact akak..sms..whatsapp di 013.331.3918
No comments:
Post a Comment