Wednesday, January 30, 2013

Menggunakan Eco Bottle Brush dari Tupperware

Hari ini saya akan tunjukkan cara-cara mengunakan Eco Bottle Brush keluaran khas dari Tupperware untuk penjagaan dan membasuh Eco Bottle anda.

Kadang-kadang saya tak nafikan, agar leceh untuk kita basuh Eco Bottle nie sebab muncung botol dia agak kecil. Bukan semua brush yang boleh digunakan. Tupperware ada mengeluarkan produk khas untuk tujuan itu. Bukan sahaja lebih mudah, ianya lebih cepat dan bersih. :)



Untuk promosi CNY (2 January - 9 February) Harga promosi yang ditawarkan adalah RM 11.90 sahaja dengan pembelian samaada Eco Bottle Spring (500ml) atau Fresh Lime/Chill Blue Eco Bottle (1L). Harga Jualan Retail bagi barangan ini tanpa promosi adalah RM 20. Walaubagaimanapun sudah tentunya harga jauh lebih murah jika anda membeli dengan saya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut untuk harga yang sangat murah.. Sementara stok masih ada tau..:)

Okay cukup dengan promosi. Kita teruskan dengan DIY dengan menggunakan Eco Bottle Brush.

Langkah Pertama
- Kumpulkan botol yang perlu di basuh dan sudah tentunya Eco Bottle Brush.

Untuk demo ini saya menggunakan TupperClean Dish Wash Concentrate (800ml) daripada Tupperware. Saya suka gunakan dish wash ini kerana ianya kurang berbuih dan tidak memberikan kesan kepada kulit. Kulit saya amat sensitif dengan dish wash yang sebarangan tetapi dengan dish wash dari Tupperware ni tak pun memberikan kesan walaupun saya membasuh dengan jangkamasa yang lama. Baunya pun best, Bau Orange :)


Langkah Kedua

Dish Wash nie concentrated, atau dengan ayat lebih mudah ianya PEKAT.. :) jadi bermaksud perlu dicampurkan air sebelum digunakan. Untuk tujuan itu saya menggunakan TupperClean Dilution Bottle (500ml). Pada botol dilution bottle ini juga ada ratio air berbanding cecair dish wash untuk memudahkan anda mencampurkannya. Senang sangat.

Oleh sebab itu dalam jangkamasa panjang Dish Wash Concentrate ni adalah lebih jimat dan kos efektif berbanding produk yang lain. Kedua-dua produk ini pun anda boleh beli dengan saya dengan harga promosi. Sudah tentunya di TupperwareMalaysiaSale.com. :)


Langkah Ketiga
- Penuhkan Eco Bottle dengan air
- Masukkan sedikit cairan Dish Wash ( lebih kurang satu cup penutup Eco Bottle)
- Jangan lupa penutup Eco Bottle pun perlu di bersihkan ya.!!


Langkah Keempat
- Masukkan Eco Bottle Brush ke dalam Eco Bottle tadi.
- Dan mulalah menggosok ya. :)


Tada...!! Dah Siap..!! Selamat Mencuba

Jangan lupa hubungi saya untuk semua harga-harga promosi TupperClean Dish Wash Concentrate (800ml), TupperClean Dilution Bottle (500ml) dan sudah tentunya Eco Bottle Brush.

Dapatkan harga yang lebih rendah daripada pasaran :)
Aini 013 331 3918


Tuesday, January 29, 2013

Asian Meal Tupperware #2 - Jom Masak guna Pes Taucu Szechuan


Salam Tengahari..
Dua tiga hari ni semangat memasak sambil mem"bloging" sangat membara jer. :)

Okaylah untuk kali ini saya akan tunjukkan cara seringkas mungkin memasak secara bergambar dengan hanya penggunakan Pes Taucu Szechuan.

Untuk makluman saya tidak memasak mengikut cadangan seperti di kotak perencah tersebut. So anda boleh memasak mengikut acuan anda sendiri.. Ingat ya .. Ini bukan blog kelas memasak tau... :)

Langkah Pertama
- Gorengkan Ikan
- Sediakan bawang dan halia yang sudah di potong ke dalam Turbo Chopper Tupperware.


Langkah Kedua
Kisarkan bawang dan halia tadi menggunakan Turbo Chopper Tupperware.
Memang sangat mudah gunakan Turbo Chopper ni.. Kejap jer dah siap siap terkisar..
Dapatkan nya segera dengan harga promosi kami.. Hubungi saya segera, sementara stok masih ada.!!
Siap promosi lagi ni huh.. :)


Langkah Ketiga
Sediakan secawan air.


Langkah Keempat
- Buka pek perencah Pes Taucu Szechuan tadi dan panaskan di dalam kuali.
- Campurkan dengan air tersebut dengan kisaran bawang dan halia tadi bersama-sama dengan pes yang telah dipanaskan.
- Masukkan ikan yang telah di goreng dan kacau



Tak sampai 15 minit jer.. Ringkas dan cepat..

Cara masakan ringkas ini amatlah sesuai dan recommended untuk para ibu, suri rumah dan Wonder Woman di luar sana yang membuat 2 hingga 3 kerja serentak sekali gus.. Terutamanya memasak ketika anak sedang menangis sambil menunggu mesin basuh siap.. Betul tak..? Saya memahami.. :)
 

Selamat mencuba !!

Monday, January 28, 2013

Asian Meal Tupperware #1 - Jom Masak Sos Nenas Masam Manis




Tupperware Brands Malaysia untuk promosi bulan Januari 2013 ini telah memperkenalkan Pek Perencah Asian Meals yang amat menarik. Bukan sahaja halal dan ekonomi malahan amat lazat dan amat cepat disediakan. Ada 6 perisa yang boleh di pilih iaitu
- Pes Rendang
- Sos Serbaguna
- Sos Nenas Masam Manis
- Pes Taucu Szechuan
- Sambal Tumis
- Pes Kari Hijau Thai

Untuk makluman pengguna, pek perencah ini. TIADA perasa dan warna tiruan, Tiada MSG, tiada pengawet, tiada trans lemak, tiada GMO dan tiada 3-MCPD..!! So boleh gunakan tanpa was-was. :)

Harga Promosi bagi 1 kotak adalah RM12. Dan untuk masa yang terhad., promosi kesemua 6 kotak perasa tersebut adalah RM 63 sahaja. Tentunya harga ini adalah lebih MURAH jika anda bergelar Consultant Tupperware, dan sudah tentunya lebih mudah dengan menjadi consultant bersama kami. :)

Hari ini saya berkesempatan untuk mencuba sendiri salah satu perasa tersebut.Saya memilih untuk memasak menggunakan Sos Nenas Masam Manis. Ini bukan nak kelas mengajar masak tau.. Huhuhuuhu.. Ini just cara macam mana nak guna pek perencah ni.. ;)


Okay... Setiap kotak perasa Asian Meals ni ada 2 pek perencah.  Untuk tengahari kali ini saya nak guna satu pek jer sebab tetamu jemputan anak-anak jer pun.. :)


Menu kali ini adalah Ayam Masak Masam Manis ala-ala Tupperware. Memang saya sengaja masak tak ikut resepi belakang kotak ni. Saja jer nak tengok okay tak rasanya. :)

Step dia senang jer..
1. Gorengkan ayam
2. Potongkan sayur-sayuran (untuk resepi kali ini saya gunakan lobak merah dan broccoli)
3. Campurkan Perasa Asian Meal "Sos Nenas Masam Manis" tadi dengan air.
4. Masukkan di dalam kuali, Garam secukup rasa (tak letak pun tak pa sebenarnya tetapi dah terbiasa nak buat camner yer tak. :)
5. Kacau sehingga mendidih, Selepas 5 minit siap untuk dihidangkan...



Senang kan..? :) Trylah ..
Saya yakin anda lebih kreatif  dan lebih hebat berkarya dalam masakan. Tentunya banyak lagi anda boleh modified menggunakan resepi ini.

Untuk yang berminat untuk try Perencah Asian Meals ini bolehlah hubungi saya untuk tempahan.
Harga yang saya berikan of coz lah paling hebat di pasaran...Hubungi saya untuk Harga runtuh. Hanya di www.tupperwaremalaysiasale.com :)

Bagi area lingkungan Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi tak perlu susah-susah ke stokis.
Penghantaran adalah percuma.. Mudah kan...

Selamat Mencuba..!!



Friday, January 18, 2013

Tupperware Nano Nature vs Jenama XXX

Salam Semua

Banyak sebab kenapa Kak Ani bertukar kepada Nano Nature Water Filter daripada Tupperware.

Sebelum ini saya telah mengunakan 2 jenis filtration dari jenama lain. Satu dari Jenama X (Bukan jenama terkenal-sistem 6 katrij) dan satu lagi yang mengunakan kuasa elektrik. Secara peribadi saya amat berpuas hati dengan produk keluaran Tupperware yang ini.


Jika anda semua berminat bolehlah menghubungi saya untuk mendapat potongan yang paling hebat. Untuk masa yang terhad anda dapat harga yang paling murah di pasaran. SMS saya sekarang di 013 331 3918. Dengan belian ini anda bukan sahaja dapat 1 tapi 2 free gift lagi secara peribadi daripada saya. Jangan lambat yer.. Sementara stok free gift masih ada..:)

Bukan itu sahaja.. Khidmat pemasangan secara PERCUMA juga diberikan. Tetapi terhad kepada sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang. Apa lagi hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

Bukan sahaja senang nak memasangnya (Cara pasang ada dalam link ini) dan jimatkan elektrik tapi juga bersih dan selamat diminum begitu sahaja tanpa ada rasa ragu-ragu. :)

Pemasangan dan penukaran katrij juga adalah lebih mudah dan murah, berbanding produk-produk lain di pasaran. Lebih banyak katrij kan lebih banyak wang yang perlu di laburkan. Betul.?


Antara sebab-sebab lainnya adalah

1. Teknologi Nano-Ceram berpaten berkesan untuk menyingkirkan sehingga 99.9999% bakteria dan 99.99% virus.
2. Penapis blok karbon teraktif berketumpatan tinggi sangat berkesan menyingkirkan 158 jenis bahan cemar.
3. Salah satu daripada sistem penapis air yang mencatatkan kadar aliran tertinggi di pasaran.
4. Mineral bermanfaat yang wujud secara semulajadi dalam air tetap dikekalkan
5. Air diperkayakan dengan 19 jenis mineral bermanfaat dan dialkali untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum.
6. Nilai pulangan yang hebat, Dengan hanya RM0.11** bagi setiap liter air.
7. Tidak memerlukan sambungan elektrik.
8. Bentuk penapis yang kompak, penapisan yang sempurna.
9. Tidak perlu diselenggarakan dan dibersihkan secara berkala
10. Komponen penapis dan prestasi diuji dan disahkan sepenuhnya oleh NSF dan WQA.
11. Cuma ada 2 katrij dalam penapis air ini dan saiz lebih kecil berbanding brand lain.
12. Indicator LED untuk menentukan jangka masa penukaran katrij.

Sampai berjumpa lagi..

Thursday, January 17, 2013

Memasang Nano Nature Water Filter Part # 3

Ini adalah Part terakhir dalam Cara-cara memasang Tupperware Nano Nature Water Filter secara mudah...

Kita bersambung ke Bab 6 : Memasang tiub ke badan filter


Kala kita perhatikan di belakang badan filter tu kita akan nampak 2 jenis penutup.. Kegunaan penutup ini adalah untuk mengetatkan tiub berkembar (kecil dan besar) untuk aliran air keluar dan masuk ke dalam penapis..
Begini cara pemasangannya..

1. Buka penutup di belakang badan filter
2. Pasangkan penutup yang di buka tadi pada hujung tiub berkembar.
3. Masukkan tiub berkembar tadi kedalam lubang badang filter. Ketatkan pemasangan dengan menggunakan penutup tadi. :)

 Okay dan yang terakhir sekali..

Bab 7 :Memasang tiub ke badan suis


Masih ingat tak lagi suis filter tadi..Bab yang ke 4 .

Dekat belakang suis ni juga terdapat penutup yang sama seperti di belakang badan filter tadi. Ulang langkah sebelum ini untuk pemasangan tiub berkembar yang belum di pasang lagi tadi.

1. Buka penutup di belakang Suis
2. Pasangkan penutup yang di buka tadi pada hujung tiub berkembar.
3. Masukkan tiub berkembar tadi kedalam lubang badang filter. Ketatkan pemasangan dengan menggunakan penutup tadi. :)

Jengg!!! Jeng!!!.. Jeng !! Dah siap maa..

Boleh masak, minum dengan tapisan air yang bermutu tinggi lagi.. :)

Ingat..!! Kak Ani Boleh..Anda pun boleh..!!!

Hubungi saya Aini di 013 331 3918 
untuk maklumat lanjut, penerangan dan jika berminat dengan produk ini.. Jumpa Lagi.. :)

Wednesday, January 16, 2013

Memasang Nano Nature Water Filter Part # 2

Bersambung semula ke Bab 4:  Memasang sealer dan bunga kepada badan suis

Ingat lagi "bunga" tu..
Okay lihat gambarajah di bawah..


Langkah 1 : Masukkan "bunga" dalam batang paip
Langkah 2 : Pilih Sealer yang sesuai dan pasangkan pada hujung paip.
Langkah 3 : Katupkan "bunga" tadi pada sealer yang telah di pasangkan.
Langkah 4 : Pasang kembali suis dengan bunga tadi... Tadaaaaa!!!! Dah nampak rupa kan..!!

Opsss.. Belum siap lagi.

Sambung Bab 5 :Jangan lupa memasang bateri.


Tak pasang bateri tak jalan lah filter nih kan.. :). Inilah antara kelebihan Nano Nature Water Filter dari Tupperware nie.. tak perlukan power source dari TNB pun.. :)

Lihat gambarajah di bawah..


Nak pasang bateri..? Mudah jer...

1. Bukak penutup badan tu..dan cari tempat untuk memasukkan bateri.
2. Ikut gambarajah disitu yang mana +ve dan -ve
3. Tutup tempat bateri dan penutup badan filter itu semula... Alahai sonang eh..!!

Sambung lagi...

Tuesday, January 15, 2013

Memasang Nano Nature Water Filter Part # 1

Dari bab pengenalan sebelum ini <--click disini

Kita telah pun mengetahui apa yang kita perolehi setelah membeli Tupperware Nano Nature Water Filter.

Kita akan bersambung dengan Bab 2 :  Mari mengenal "Sealer"



Saya panggil "Sealer".. Tapi dalam buku manual panggilannya mungkin berbeza.. :) 

Kita akan mendapat 5 jenis sealer yang berbeza saiz dan fungsinya..
Dalam 5 sealer nie hanya 1 sahaja yang kita akan gunakan ( bergantung kepada paip )

- Kalau jenis paip yang beralur diluar.. boleh guna jenis 1 atau 4
- Kalau jenis yang beralur dari dalam.. boleh guna sealer 2 atau 5 (no 6 adalah penutup luarnya)
- Kalau paip yang tak beralur.. boleh guna jenis 3.

So kita kena kenalpasti hujung paip tu macam mana gaya bentuknya..



Okay Senangkan... :)

Terus sambung Bab 3 : Membuka "bunga" pada suis filter



Dalam bab ini saya nak kenalkan suis filter. Gambar diatas ini saya panggil suis filter..

Suis ni digunakan untuk on/off samada pengaliran air ditapis oleh NanoNature atau sebaliknya.
Kira kalau nak basuh pinggan ker, basuh tangan ker.. kita off lah.. tak kan itu pun nak guna air tapis.. yer dak... :)

Okaylah.. Mula-mula pusingkan bunga pada suis tu.. Bukak ikut lawan jam.. Senangkan..?



Sambung lagi.. :)

Monday, January 14, 2013

Memasang Nano Nature Water Filter Part # 0


Hari ini kita akan belajar cara-cara memasang Tupperware Nano Nature Water Filter.

Bukan apa...Kadang-kadang kita akan hadapi masalah untuk membaca manual, Banyak sangat perkataan teknikalnya.

Kadang-kadang takda orang nak tolong pasangkan, Kang pusing punya pusing salah pasang... rosak plak dah..

Tapi takpa... Jangan bimbang.!! Water filter dari Tupperware ni amat mudah memasangnya... 

Kalau Kak Ani boleh.. mesti anda semua boleh kan.? :)

Oleh sebab itu saya akan terangkan secara bergambar..
Manual ni berperingkat-peringkat untuk memudahkan pembacaan.
Ada 7 Bab kesemuanya iaitu

1. Acara membuka kotak Tupperware Nano Nature Water Filter
2. Mari mengenal "Sealer"
3. Membuka "bunga" pada suis filter
4. Memasang sealer dan bunga kepada badan suis
5. Jangan lupa memasang bateri.
6. Memasang tiub ke badan filter
7. Memasang tiub ke badan suis

Okay kita mulakan dengan bab yang pertama... Acara membuka kotak Tupperware Nano Nature Water Filter

Inilah dia kotak Tupperware Nano Nature Water Filter tu,, Tadaaaa!!!


Ini pulak apa yang kita dapat berserta aksesori-aksesorinya.. (rujuk gambar di bawah)
Bila kita bukak jer box ini kita akan dapat..


1 x Badan filter (berbentuk robot telur)
1 x Manual standard
1 x Warranty Card (Jangan lupa isi ni ya)
1 x Tiub berkembar
1 x Suis Filter
3 x Bateri
5 x "Sealer" (saya akan terangkan lebih lanjut dalam bab berikutnya)
2 x Penutup Sealer (bagi paip berjenis alur di bahagian dalam)

* Nama aksesori yang saya sebutkan adalah berbeza dengan nama sebenar aksesori di dalam buku manual ini adalah bertujuan untuk memudahkan pemahaman dalam pemasangan
Harap maklum.. :)


Okay bersambung <- Click here

Sunday, January 6, 2013

Kebebasan Kewangan..


Semua orang mahukan kebebasan kewangan.. Kebebasan kewangan yang sebenar bukannya berkaitan dengan berapa banyak simpanan wang yang kita miliki. Kebebasan kewangan juga tidak ada kaitan dengan harta, hartanah dan semua material yang kita miliki tetapi ia sebenarnya berkaitan dengan minda, kepakaran, ilmu pengetahuan dan keyakinan

Kak Ani bersedia membantu anda dalam memburu kebebasan kewangan anda.
Peruntukkan sedikit masa anda untuk kita sama-sama berjaya dalam bidang ini.
Kak Ani ingin berjaya dan kita akan sama-sama berjaya.
Hubungi Kak Ani untuk maklumat lanjut
Aini 013 3313918

Thursday, January 3, 2013

Kenapa Tupperware?

Kenapa perlu beralih kepada produk tupperware.? Ianya selamat, produk yang inovatif, mersa alam sekitar, berkualiti dan tahan lasak. Untuk pengetahuan semua produk tupperware adalah dijamin seumur hidup.. Untuk maklumat lanjut hubungi Aini - 013 331 3918