Tuesday, March 12, 2013

Mangkuk Tingkat ala Tupperware - Cantik dan Praktikal

Pada hari ini saya ingin bercerita sedikit pasal mangkuk tingkat dan evolusinya. Pada zaman dahulu, susah nak jumpa gerai-gerai makanan macam sekarang, terutamanya di bandar-bandar besar. Sudah menjadi kemestian pada waktu tersebut warga yang berkerja membawa bekal ke pejabat atau tempat berkerja khususnya di kampung, dibendang ataupun di ladang. Dengan menggunakan mangkuk tingkat juga mereka dapat bertukar-tukar hidangan dan ini sudah tentunya merapatkan hubungan persahabatan.

Mangkuk tingkat merupakan bekas yang berbentuk bulat atau bersegi yang disusun secara menegak dan dikunci disebelah luarnya oleh pemegangnya. Ianya juga mempunyai penutup di sebelah atas.

Ini adalah salah satu mangkuk tingkat yang saya maksudkan. Ingat lagi.? :)



Pada masa sekarang fungsi mangkuk tingkat tidak banyak berubah, Malahan dengan bentuk yang lebih menarik dan pelbagai warna lagi. Terutamanya barisan produk-produk yang di keluarkan oleh Tupperware sendiri. Bulan ini di Kairina Selection kami mempunyai beberapa barisan produk yang berasaskan mangkuk tingkat ini. Untuk kegunaan kenduri kendara pun ada. ;)

Untuk produk yang pertama kami perkenalkan Small Goody Box with Cariolier.


Dengan membeli set "Goody Box" ini anda akan menerima 4 unit bekas isian makanan 850ml setiap satu. Ianya juga disertakan dengan Cariolier atau lebih tepat lagi pemegang dwifungsi.(pemegang dan pengunci bekas). Sesuai sangat untuk dibawa berkelah, potluck atau bekal ke tempat kerja. Tak perlu lagi bawak magkuk tingkat besi yang berat atau bekas banyak-banyak. Lagipun bekas keluaran Tupperware semuanya bebas dari toksid dan amat selamat bagi pengguna. Tiada lagi ragu-ragu tentang masalah makanan cepat rosak atau sebagainya.

Harga Katalog adalah RM 61. Tapi dengan pembelian dengan kami sudah tentunya lebih murah. SMS saya di 013 331 3918 untuk tawaran harga hebat. :)

Satu lagi produk yang amat praktikal adalah Jumbo Goody Box Large with Cariolier (4L)


Ini sangat sesuai di bawa jika ada party potluck atau kenduri secara kecil-kecilan. Bekas ni besar. Ukurannya adalah 25.5cm (Panjang) x 22.7cm (lebar) x 11.0cm (tinggi). Banyak yang kita boleh isi dalam bekas ni, terutamanya mihoon, nasi lemak, kuih-muih atau berbagai-bagai lagi. Untuk Jumbo Goody Box Large pula harga katalog yang ditawarkan adalah RM 35. Ni belum diskaun lagi tau. :). Sebelum ni Harga Retail dia RM 61 tau.. so amat berbaloi-baloi.!!


Ada lagi...!! Juga untuk masa yang terhad, setiap pembelian Jumbo Goody Box nie kita juga bakal mendapat 4x unit Snack Cup (110ml) dengan harga tawaran RM 7.90. Seperti gambar di atas.

Untuk Jumbo Goody Box ni juga ada yang variasi kecil (Small) iaitu untuk 2L. Ukurannya adalah 25.5cm (Panjang) x 22.7cm (lebar) x 7.1cm (tinggi). Di datangkan dengan 2 warna iaitu Pink atau Orange. Boleh pilih nak warna apa. Harga dia pada ketika ini RM 24 each.. pun belum saya kasi diskaun. Dulu rega Retail dia RM 40.90. Murah kan.? Sangat berbaloi.!!
Ini gambarnya seperti di bawah... :)

Jumbo Goody Box Large dan Small apabila digandingkan

Kenapa murah sangat ek..? Oh ini untuk masa yang terhad jer sampai penghujung bulan Mac ni sahaja. Ianya juga sempena Anniversarry Tupperware yang ke 48 tahun. So bertindaklah sekarang Order dengan saya ya.. Setiap pembelian lebih daripada RM 100 dapat Mystery Gift lagi daripada saya. Best kan ? :)

Satu lagi produk yang saya ingin perkenalkan adalah Back to School Set.


Untuk produk keluaran terhad ini kita akan mendapat satu bekas "Deluxe Bento" 510ml yang juga disertakan dengan sudu dan garpu daripada Tupperware. Dengan pembelian ini kita juga mendapat satu bag yang cantik yang sesuai untuk diisikan dengan bekas tersebut. Bekas ini ada divider makanan yang boleh kita keluarkan jika tidak digunakan untuk mendapat lebih ruang isian. Harga produk ini adalah RM 38. Nak diskaun.? Hubungi saya sekarang.. Semua barang yang kami perkenalkan semua ada diskaun. :)

Semua barang diatas adalah barang keluaran terhad daripada Tupperware untuk bulan Mac ini. Promosi berakhir 31 March 2013 ini.

Saya tak jamin bulan depan masih ada lagi tau. Walau apa pun anda boleh terus hubungi saya kot-kot masih ada stok yang saya simpan. Harga tetap sama.. Diskaun sudah tentulah ada..:)

Itu jer buat hari ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Aini 013 331 3918

2 comments:

  1. Hi! 'Goody Box' yg color2 tu ade lg tak? Berminat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sis. itu stok lama.. :) kalau nak tengok yang baru boleh masuk facebook rasmi kami. search : kairina.selections

      Delete