Monday, May 20, 2013

Rahsia dan Tip semasa DIQ - Director in Qualification

Salam semua

Untuk hari ini saya akan cuba kongsikan serba sedikit mengenai Rahsia dan juga Tips semasa menjalani proses probation/percubaan sebagai Director atau kita panggil DIQ (Director-In-Qualification). Seperti yang saya katakan pada post-post sebelum ini, kerjaya sebagai Consultant Tupperware yang berjaya sebenarnya bermula sebagai Director. Bukan tak boleh sebagai Consultant biasa, BOLEHhhh. Tapi seperti yang saya katakan, perjalanan agak berliku.. Kadang-kadang kita tak sanggup dan akan menarik diri. Kalau ada upline yang sentiasa memberikan galakkan dan sokongan takpa juga.. Kalau lansung tak dihirau kan...Nak dapatkan komisyen pun tak kena belajar sendiri dekat internet.. :) Tapi sekarang tak payah cari jauh-jauh, saya ada terangkan bagaimana nak dapatkan komisyen di post sini. <-click :)

Sebab apa saya katakan tadi perjalanan agak berliku..? Ini adalah kerana bukan sahaja pengiraan komisyen adalah berbeza malahan bonus, cabaran, boot camp, percutian, kereta, dan hadiah daripada HQ juga kadang-kadang terhad kepada Director dan ke atas sahaja. Perkara-perkara dan ganjaran sebeginilah yang sebenarnya akan memberikan kita rangsangan dan galakkan pada diri sendiri untuk berjaya.. Inilah realiti tapi menarik kan..? Okay kita sambung...

Director Rally 2013 yang diadakan di Hotel Flamingo, Ampang

Untuk yang berani menyahut cabaran sebagai DIQ. Sekalung dan ribuan TAHNIAH saya ucapkan.. Bukan sahaja kepada consultant kendalian saya tetapi kepada semua DIQ di seluruh Malaysia yang sedang membaca post ini. Anda memang BERANI dan sememangnya sanggup menempuhi apa jua cabaran. Kepada yang tidak berjaya melengkapi proses DIQ, jangan bimbang dan elakkan berkurang motivasi diri. Saya kenal sorang consultant yang hanya berjaya menjadi DIRECTOR pada percubaan KEEMPATNYA..!! 

Dan kepada semua Consultant kendalian saya sudah tentunya tumpuan dan galakkan akan saya berikan 110%. Saya akan cuba bantu semampunya kepada anda semua. Sudah tentunya hadiah menarik menanti anda diakhir setiap percubaan DIQ anda semua. Berjaya atau tidak bagi saya belakang kira. Semuanya dapat hadiah dari saya secara peribadi.. Semangat dan kekuatan anda itulah yang saya hargai. :)

Okay kita teruskan.. Banyak pulak saya berceloteh untuk post kali ni.. :).
Tips ini saya namakan "Serampang 7 Mata". Ada tujuh tips dan rahsia kesemuanya yang saya kumpulkan hasil daripada pemerhatian dan pengalaman selama ini . Semoga dapat membantu anda semua dalam tempoh DIQ itu nanti.

TIPS #1 : Mendaftar DIQ adalah pengisytiharan PERANG

PERANG yang saya maksudkan disini adalah pengisytiharan perang kepada diri kita sendiri. Kita mencabar diri kita untuk melakukan sesuatu yang diluar lingkungan selamat kita. Untuk berjaya kita perlu mencabar diri kita. Jangan takut untuk jatuh. Jatuhnya kita bukan bermakna kita KALAH, tapi sebagai arang yang akan membakar semangat kita agar lebih MARA ke hadapan. "Falling with Style" bak kata Buzz Lightyear dalam Toy Story. :)

Untuk pengetahuan semua bakal DIQ, sebelum kita menjalani tempoh percubaan sebagai DIQ kita perlu menghantar surat permohonan kepada HQ. Orang panggil surat ni LOI (Letter of Intent).  LOI ini perlu di hantar dan diterima diterima oleh Tupperware Brands Malaysia HQ Office selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 hb pada setiap bulan. Sebagai contoh jika kita mahu start buat DIQ pada bulan Januari. Sila hantar LOI sebelum 25hb Januari.

Urusan untuk pengisian dan penghantaran LOI selalunya Upline/Leader akan hantarkan bagi pihak DIQ. Nak hantar sendiri pun boleh tapi sebaik-baiknya bagitaulah dia supaya dia sekurang-kurangnya dapat memberikan galakkan dan sokongan kepada anda. Nak buat DIQ ini tak boleh buat sensorang, kena ada sokongan dari downline dan juga upline. Barulah hubungan silaturahim tu akan lebih erat :) Dengan "mengisytharkan" kita dalam program DIQ kepada orang sekeliling, keluarga, downline, upline dan sahabat, kita bukan sahaja mendapat semangat tetapi juga AURA positif untuk berjaya. Jadikan kritikan sebagai mangkin pembakaran dan galakkan sebagai petikan nyalaan kemaraan kita.
Bersama-sama dengan sebahagian dari Keluarga Team Power (TP) di Family Day

TIPS #2 : Gabungan Bulan mendaftar dan katalog adalah PERISAI anda.

Strategi pemilihan bulan untuk mendaftar juga adalah paling penting bagi anda. Proses mengenalpasti bulan mana yang terbaik untuk mendaftar dan bila katalog baru akan keluar merupakan Advantage dan perisai anda dalam tempoh DIQ.

Untuk pengetahuan semua tempoh masa menjalani DIQ adalah 2 bulan. Maka oleh sebab itu kalau boleh dalam jangkamasa tersebut pastikan sekurang-kurangnya ada 2 keluaran katalog. Tapi untuk apa ya..?

Ianya untuk variasi produk yang boleh kita tawarkan kepada pelanggan. Setiap katalog adalah berbeza produk dan harga. Ada yang bulan ini mahal.. bulan depan murah.. ada yang ada bulan ini ada (limited release) bulan depan takda. Anda boleh merujuk pada gambarajah di bawah untuk lebih pemahaman. Kalau tak faham, saya sedia membantu bila-bila masa sahaja... SMS/Whatapp saya di 013 331 3918 atau PM (private Message) saya di Facebook Kairina Selections. :)

Pastikan Bulan dan Katalog memihak pada kita

Pada pendapat peribadi saya pada bulan February dan March pada tahun 2013 yang lepas adalah masa yang terbaik (setakat ini) untuk kita mendaftar sebagai DIQ kerana ada 3 katalog yang boleh kita eksplotasi sebagai PERISAI tambahan. Tapi jangan bimbang jika terlepas, Banyak lagi bulan-bulan yang kita boleh target. :)

Watch Out untuk bulan yang diadakan Director Rally dan juga Jubilee Tupperware. Pada bulan-bulan ini jugalah pelbagai produk yang ditawarkan adalah lebih murah..Kadang-kadang sampai 40-50% potongan. Bulan Puasa tahun ini juga saya ramalkan ramai lagi consultant yang bakal mendaftar sebagai DIQ. Berikan perhatian khusus kepada tarikh keluaran katalog khas Ramadhan ini. Insya Allah dengan kesungguhan dan iltizam yang berterusan, kejayaan pasti milik kita. :)

Masa bila yang kita nak tahu bulan itulah yang terbaik.?
Pada tip pertama tadi ada saya nyatakan tarikh akhir untuk menghantar LOI adalah pada 25hb setiap bulan. Tetapkan Cut-Off Date anda.. maksud saya tarikh penentu adakah bulan itu yang paling ideal. Katakan Cut-Off Date anda tetapkan pada 15hb. Tengok berapa sale anda setakat 15hb..? Tengok barang dalam katalog... Adakah bakal menarik perhatian pembeli dan pelanggan anda sepanjang tempoh katalog.? Jika katalog menarik dan sale anda dah pun mencapai RM 2K atau lebih.. Tunggu apa lagi.. :). Sembahyang istikarah adalah sebaik-baiknya. Allah sentiasa memberi petunjuk kepada hambanya.
Cut-Off Date untuk sebagai guideline

Banyak juga saya menulis hari ini. Insya Allah akan saya kongsikan lima tips seterusnya untuk post yang akan datang. Semoga ianya memberikan manafat kepada pembaca semua. Saya doakan yang terbaik untuk anda semua. Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 013 331 3918. Saya akan sama-sama bantu anda untuk kita meraih kejayaan. Jumpa lagi... :)

Bersambung...




1 comment:

  1. Sangat bermanfaat dan penulisan dekat dihati pembaca.. syabass diucapkan.. insyallah ilmu ini dimanfaatkan sebaiknya..

    ReplyDelete