Monday, November 21, 2016

HOT ITEM KATALOG TUPPERWARE NOVEMBER - DECEMBER 2016 - Tupperware Malaysia Online





Assalammualaikum..semua..Salam 1 Malaysia



Kak Ani nak share tentang ITEM paling berbaloi-baloi..mak iloi-iloi
dalam katalog November - December 2016. memang awesome taw..
Kak Ani dah jual lebih dari 30set minggu lepas
yang tengok pun terus jatuh cinta dan nak beli 1 set untuk rumah..
sebab sangat -sangat senang..ada label
nak tengok tak?..
inilah dia item bernama

COFFEE TEA & FRIENDS SET
6 biji setiap set dan 6 warna



cantik kan..harganyer cuma RM175 untuk 6 unit ini..
kalau jadi ahli dapat potongan harga 25% untuk item ini..jadinya.. cuma RM131.25...
penghantaran percuma COD disekitar Bangi ,Putrajaya Cyberjaya 

jom contact nak jadi ahli...
RM78 sahaja 
apa lagi??
KakAni akan cuba sedaya upaya untuk membimbing untuk anda sama sama berjaya..

Saturday, May 28, 2016

Tips Bisnes Online : Warnai Kehidupan dengan Tupperware




 

3 Tips suri rumah berbisnes Online

Salam semua..hari ni Kakani nak kongsi bagaimana sebagai seorang surirumah sperti akak menguruskan masa untuk keluarga dan juga bisnes tupperware yang dicintai ini :) Kak ani juga mengamalkan pengambilan chiaseed untuk lebih bertenaga setiap hari menjalankan urusan surirumah yang tak pernah selesai..hehehehe

1. Jika ada anak

Pastikan urusan anak-anak diutamakan. Atur masa, atur aktiviti mereka ikut jadual. Tetapkan masa tidur, masa makan atau menyusu, permulaannya memang sukar tetapi apabila sudah terbiasa, anak anak akan berdisiplin dan mudah kita untuk plan tempoh dan masa untuk urus bisnes.

2. Suami dan komitmen

Nyatakan hasrat anda membantu suami dan pohon sedikit komitmen dari suami. Suami yang baik akan memberi sokongan penuh dan membantu anda memudahkan urusan bisnes online. Anda perlu libatkan suami dan visualize kan pada suami yang bisnes online ini akan menjadi bisnes keluarga.

3. Tetap target harian dan bulanan

Ramai yang tahu, target jualan sangat penting. Sentiasa kongsikan dengan suami sama ada jualan capai target atau tidak. Suami akan lebih memahami dan akan membantu bersama untuk anda capai target anda. Letakkan target permulaan yang minima dan perlahan-lahan naikkan sasaran. Anda akan lebih bersemangat dengan cara ini.

ok..itu saja untuk masa ni..nanti Kakani sambung lagi yer...harap bermanafaat untuk pembaca sekalian...byeeee . Kalau ada yang berminat nak join bisnes dengan KakAni jangan segan-segan..jangan malu-malu..contact akak..sms..whatsapp di 013.331.3918
 

Friday, May 27, 2016

Dunia Tupperware vs Surirumah


Salam sejahtera kepada para pembaca kak Ani ..maaf kerana lama tak bersiaran di dunia blogging ni..bukannya apa..sebagai seorang surirumah yang mempunyai 4orang cahayamata agak terbatas masa di depan komputer ni. Namun..kak Ani akan cuba untuk menulis semula demi dunia tupperware yang dicintai ini dan untuk para pembaca sekalian.
Ooh yer..kakAni juga boleh di hubungi melalui mediasosial yang lain seperti facebook..instagram ..dan juga tweeter...Keep in touch Ok!

Whatsapp/Sms 013.331.3918
Follow me on instagram tupperwaremalaysiasale
Like FB page Kairina Selections

Follow &Like kakAni tau,,tq

Monday, January 25, 2016

Tupperware bersama filem The Revenant. Apa yang kita boleh belajar.. :)

Hari ni saya nak share satu movie... "The Revenant" movie terbaru lakonan dari actor Leonardo Dicaprio. Kalau ada masa dan berpeluang, saya rekemen movie ni untuk semua consultant dan rakan niaga  saya tengok. Kisahnya mengenai seorang tracker (penjejak jalan) yang ditinggalkan oleh kumpulannya setelah diserang seekor beruang.

Selain dari cinematography landskap yang sangat menarik dan cantik, banyak yang sebenarnya kita boleh belajar. Filem ini mengajar kita untuk tidak mudah mengalah dan sentiasa mencari jalan penyelesaian pada setiap rintangan. Saya tak nak cerita mengenai plot filem ni, nanti spoilled the mood :). Tapi apa yang saya boleh kongsikan adalah pengajaran yang boleh kita pelajari, dan nilai kemanusiaan yang boleh kita terapkan dalam kehidupan kita..

Ini diantara quotes (kata-kata) dalam filem ini yang boleh kita ambil pengajaran dan pelajari...  "As long as you can still grab a breath, you fight. You breathe and keep breathing.."

Setiap perniagaan walau apapun barang dan servis yang ditawarkan.. ada pasang dan surutnya.. Kita sebagai seorang consultant bukan sahaja perlu konsisten tetapi juga cekal dan tabah jika ada halangan dan rintangan. Saya sentiasa cakap pada diri saya dan kepada rakan niaga sekalian.. bagi setiap halangan disitu ada peluang.. Banyakkan bersabar dan cuba improvise untuk setiap jalan keluar.

Jika kita merasa kita down dan sebagainya. Dekati orang tersayang.. suami/isteri.. anak-anak atau ahli keluarga terdekat.. Renungi mereka dan cari semula kekuatan dimata yang dikasihi...Ingat kembali nyalaan semangat anda untuk mengubah kehidupan semasa mendaftar dahulu..


Dalam filem ini juga diceritakan, motivasi penjejak tersebut untuk terus survive adalah kerana balas dendam.. Dalam perniagaan motivasi adalah elemen yang sangat penting untuk berjaya. Motivasi yang beraura sebenarnya negatif ini sebenarnya boleh kita tukar kepada yang lebih positif dan membina.. Jadikan ianya cabaran untuk kita lebih berjaya.. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. Seperti kata-kata penjejak tersebut ketika berjumpa dengan seterunya.. "Revenge is in god's hands not mine." Jumpa lagi untuk entry lain pada masa akan datang untuk pengkisahan yang lain pula.. :)