Saturday, February 16, 2013

Membuka Selera Anak dengan Tupperware


Kadang-kadang kita mempunyai masalah untuk anak duduk di meja makan untuk makan masakan kita. Hati ibu mana yang tak risau kalau anak tak cukup makan. Dengan makan barulah mereka cukup tenaga untuk bermain atau belajar yer tak.? Nak tengok tv lagi.. nak main tablet lagi..:)

Oleh itu saya akan kongsikan 5 tips dengan menggunakan produk tupperware untuk membuka selera anak-anak untuk makan.

1. Menggunakan Lolli Plates sebagai pinggan untuk makan.

Anak-anak suka pada warna-warna yang colorful. Dengan menggunakan pinggan dan mangkuk yang berwarna-warni terutamanya Lolli Plates ia akan menarik perhatian untuk mereka makan. Mungkin kita ada masalah nak hias-hias makan tiap hari dan takda masa untuk menjadi kreatif. Sebenarnya dengan hanya menukar-nukar warna pinggan pun sudah cukup menarik mereka ke meja makan. Tanya anak-anak hari ini mereka nak makan pinggan warna apa..?? :) Ini pun akan menggalakkan interaksi kita dengan anak-anak. Jadi mereka akan rasa di hargai.

Lolli Plates(5) - Limited Release

Khas untuk pembaca sekalian set plates (5 unit) ini anda boleh miliki dengan harga RM 48 (FREE POSTAGE - Semenanjung Malaysia). Memang berbaloi tau membelinya. Untuk masa yang terhad saya akan berikan satu lagi FREE gift dengan pembelian ini. Nak tau kena beli dulu tau.. :)


2. Blossom Mug & Seal untuk cawan minuman

Satu lagi produk keluaran tupperware yang amat menarik dan comel adalah Blossom Mug & Seal. Dengan adanya mug/cawan ini, persembahan makanan kita di meja makan akan lebih menarik dan berwarna-warni.  Ini sekaligus akan menarik perhatian ke arah meja makan. Walaupun dengan hanya air suam. :)

 
Blossom Mug & Seal (4) - 350 ml

Di lengkapi dengan penutup, ianya dapat mengelakkan air tumpah sekiranya terjatuh atau tertumpah. Tempat pemegangnya juga adalah kemas dan anak kecil pun senang nak memegang. Kalau di takdirkan jatuh juga pun takda masalah, sebab tak pecah. Tak lah kita susah hati nanti kan. :). Harga bagi Set Blossom Mug & Seals (4 unit)ini adalah RM 37. Dah tentunya dengan membeli daripada kami anda dapat lebih diskaun lagi. 

3. Interaksi dengan anak menggunakan Rice Dispencer.

Seperti post saya yang lepas. Click Link. Saya ada tunjukkan cara-cara bagaimana nak guna dan cara penjagaan Rice Dispencer. Dengan menggunakan Rice Dispencer ini kita boleh minta anak-anak kita membantu di dapur. Caranya adalah ketika kita hendak masak nasi. Kita boleh minta tolong anak kita menarik keluar laci beras tu. Ini bukan sahaja akan melibatkan anak-anak dalam proses memasak, tetapi juga meraka akan merasa lebih di hargai. Dengan melibatkan mereka, anak-anak akan merasa mereka "contribute" sesuatu ketika kita memasak. Ini sekaligus menambah minat mereka makan, hasil daripada "air tangan" mereka sendiri. :)

Rice Dispenser (1)- 10.5 kg

Harga untuk Rice Dispencer ini adalah RM 280. Dengan pembelian Rice Dispencer ini anda bukan sahaja dapat menggunakan produk unik ini, Anda dapat keahlian PERCUMA lagi.. khas daripada kami. Sangat berbaloi kan. :) Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.

4. Gunakan Turbo Chopper dalam masakan.

Kadang-kadang nak suruh anak makan sayur punyalah susah. Bagi anak-anak yang tidak sukakan sayur, sediakan masakkan yang kita boleh "sembunyikan" sayuran. Contohnya bergedel atau hirisan lobak merah. Kita juga boleh menggunakan sos spaghetti untuk menyembunyikan rasa sayur tersebut.

Malas nak keluarkan blender..? Ada cara sebenarnya. Gunakan Turbo Chopper. Jimat Elektrik dan Mudah digunakan.!!
Turbo Chopper (1)- 300 ml

Dengan gunakan Turbo Chopper anda tak perlu dah nak keluarkan blender untuk memasak. Hanya Masuk dan Tarik. Semudah itu sahaja... lagipun senang anak nak mengunyah nanti. Dengan Turbo Chopper kita boleh lakukannya . :) Dalam post yang lepas juga ada saya tunjukkan cara menggunakan Turbo Chopper, cara penjagaan dan pengunaannya. Click disini.

5. Kekalkan kesegaran dan bangkitkan rasa, bau dan rupa hidangan dengan Inspire Fryer

Anak-anak sukakan bau masakan yang sedap. Dengan Inspire Fryer ianya dilengkapi dengan penutup kaca yang berfungsi mempertahankan kelembaban asli makanan ketika proses memasak. Ketika wap panas naik ke atas, ia akan terkena penutup, mengewap, dan terus menitis kembali pada makanan yang di masak untuk menjaga rasa dan aroma asli masakan.

Inspire Fryer (1)- 26 cm

Untuk promosi sehingga 30 March ini kita berpeluang utnuk menukar fryer lama kita kepada yang baru dengan Inspire Fryer. Kita akan dapat rebet RM 60 dengan setiap penukaran fryer lama kita. Rebut peluang ini sementara masih ada tau. Memang berbaloi.!!. Rujuk disini untuk post review saya mengenai Inspire Fryer.

Okay cukup untuk tips untuk cara membangkitkan selera anak kita dengan produk tupperware.  

Opsss ada lagi... :)
Hanya untuk masa yang terhad.. Ini dia offer terbaru daripada saya. Katalog baru pun tak jumpa dah produk ni..Hanya ada 2 set sahaja.. Cepat sebelum terlambat...!!

Dapatkan Item seperti di bawah 4x - Blossom Microwaveable Bowls 600 ml dan PERCUMA satu Lime Dreams Melamine Bowl 470 ml.

 Layari page facebook kami "Kairina Selections"

Untuk keterangan penuh dan harga yang amat istimewa, anda boleh layari facebook dan search Facebook page saya "Kairina Selections". Ada keterangannya di sana nanti. :)

Jomlah join Tupperware di bawah kendalian saya. Banyak kelebihan, hadiah menarik setiap bulan disamping perkongsian tips-tips yang berguna dan menarik lagi.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi saya Aini 013 331 3918.

Jumpa Lagi.. :)

No comments:

Post a Comment