Tuesday, February 5, 2013

Tips dan cara penggunaan FreezerMate Essential Set


Set Freezermate merupakan salah satu set dalam produk tupperware yang menjadi buah hati saya. Set ini banyak membantu saya dalam menguruskan bahan-bahan mentah yang disimpan didalam ruangan sejuk-beku (Freezer) di dalam peti ais.

 FreezerMate Essential Set

Tupperware ada mengeluarkan satu set permulaan bagi set ini yang di namakan FreezerMate Essential Set. Di dalam set ini ada.

- FreezerMate Small II 650ml x 2pcs
- FreezerMate Medium I 550ml x 1 pcs
- FreezerMate Medium II 1.5L x 2 pcs
- FreezerMate Medium III 2.3L x 1 pcs
- FreezerMate Large II 3.1L x 1 pcs
 

 Acara membuka kotak FreezerMate Essential Set

Ia di reka khas untuk pengunaan di dalam ruang sejuk beku.Walaupun ianya boleh digunakan untuk tujuan menyimpan barang makanan yang lain, tetapi ianya tidak digalakkan. Ini adalah kerana set FreezerMate adalah tidak kedap udara. Makanan mudah rosak jika tidak kedap udara.


Antara kelebihan FreezerMate set adalah ..

- Produk ini lebih lembut, mudah lentur dan mengembang mengikut saiz. Ini adalah untuk mengelakkan daripada ianya mudah retak atau retak ketika di dalam ruangan sejuk-beku.

- Plastik yang lutsinar untuk memudahkan kita melihat apakah isi kandungan bahan mentah yang kita masukkan.

- Mudah beku (frost) dan cair (defrost). Dengan itu makanan mentah seperti ayam,daging ikan dan makanan laut lain dapat disimpan dengan baik, selamat dan bebas daripada kuman (germs)

- Mudah diaturkan, cantik dan disusun kemas di dalam ruangan sejuk beku. Selain daripada itu ianya juga dijamin sepanjang hayat.

Ruangan dalam Sejuk-Beku (Freezer)


Antara Tips dan Cara penggunaan FreezerMate adalah ..

- Jika tidak digunakan, simpan di dalam ruangan sejuk-beku (freezer).

- Jika hendak digunakan terus sahaja masukkan kedalam FreezerMate. Bahan mentah akan lebih cepat membeku.

- Pindahkan kebahagian bawah freezer ( peti sejuk), beberapa jam sebelum bahan mentah di masak supaya ianya cair (defrost) secara beransur-ansur.

- Lalukan air di seluruh badan tupperware FreezerMate sebelum membuka tutup.

_ Untuk kegunaan maksima, jika bekas FreezerMate kosong... Isikan air untuk digunakan sebagai ketulan ais.

Ruangan tepi Sejuk-Beku (Freezer)


Harga promosi bagi FreezerMate Essential Set untuk Catalog1 (2 Jan - 9 Feb 2013) ini adalah RM 154. Siap dapat free 2 lagi FreezerMate Small II 650ml warna purple.

Untuk Catalog 2 (11 Feb - 30 March 2013) Kemungkinan untuk naik harga adalah amat besar. :)

Untuk bakal-bakal pembeli, Saya nasihatkan bertindaklah sekarang ya. Untuk yang nak join as a consultant dalam team kami siap dapat diskaun lagi ni. Harga boleh runding..

Jangan tunggu lama-lama. Mendaftar dengan team kami untuk menikmati harga yang terendah dalam pasaran. Sementara stok masih ada tau..!! :) Hubungi saya Aini 013 331 3918

No comments:

Post a Comment