Monday, February 4, 2013

Mengapa saya join Tupperware ?

Ramai yang selama nie menjadi pengguna tegar tupperware, tapi tak pernah terfikir nak join pun sebagai salah seorang consultant tupperware.

Maybe sebab tiada pendedahan atau tak pernah ada orang ajak pun. Maybe jugak sebab malas nak join party or sesi gathering tupperware saban minggu. Sibuk dengan anak, keluarga dan kerjaya juga mungkin salah satu sebabnya.

Gathering Pertama saya sebagai seorang Consultant di 
Stockist Tupperware Ampang

Saya juga seperti anda sebelum ini. Tiada masa, hanya fokus pada pengurusan family dan bisnes online secara kecil-kecilan di Facebook Kairina Selections. Walaubagaimana membeli tupperware adalah salah satu kegemaran saya. Bak kata sesetengah orang, "TupperHolic" :). Beli punya beli tak sangka banyak pulak collectionnya.

Saya sebenarnya agak terkilan sebab selama nie, my tupperware seller tak pernah pun nak ajak saya join sebagai consultant. Dia hanya terangkan kebaikan, kelebihan produk dan tak pulak terangkan kelebihan apabila join sendiri sebagai consultant.. Maybe dulu dia ingat saya nie lubuk emas dia kot... Heheheheh.. :) Apa pun tu semua sejarah sebelum saya bergelar consultant. Yang dah berlalu tu saya jadikan pengalaman yang berguna. Saya di sini cuma berkongsi pengalaman.. :)

Semasa mendaftar memilih upline juga tidak kurang pentingnya. Mungkin kita memilih untuk mendaftar di bawah kendalian (downline) kawan, saudara atau rakan sekerja. Tak salah pun malahan saya amat galakkan.

Tapi suatu hari nanti mungkin terdetik dalam fikiran kita nak berniaga pulak, Adakah jaminan, dorongan dan sokongan dari mereka CUKUP untuk anda memulakan sesuatu perniagaan seperti ini. Sebab itulah banyak consultant yang terawang-awang tanpa arah tujuan. Malah ada yang dah lebih 10 taun jadi ahli, Sesen komisyen pun tak pernah dapat..Betul..? :).

Insya Allah saya di Kairina Selections akan guide anda bagaimana cara yang terbaik..

Dalam pada itu, my husband dah mula pening sebab beli tupperware hampir setiap bulan. Dialah advise join sebagai ahli dan research serba sedikit mengenai perniagaan ini kot-kot berbaloi. Tanya punya tanya rupanya ada sorang member yang juga menjadi consultant tupperware. Special credit goes to shidah (upline saya) kerana memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai kebaikan join sebagai ahli.

Antara Free Gift yang saya dapat.
 Ini baru SEBULAN join ni.. Bayangkan setahun.. :)

Dengan join sebagai ahli, anda akan...

- Mendapat diskaun MEGA hebat bagi setiap barangan dalam katalog. Hampir ker 25% tau.!!
- Memiliki barangan yang berkualiti, tahan lama dan di jamin seumur hidup.
- Belian atas belian atau dalam tupperware di panggil Level Item. Kenkadang tu siap dapat free lagi..Terbaik!!
- Barangan yang colorful, practical, up to date dan sesuai dengan gaya hidup masa kini.
- Bukan sahaja produk-produknya lebih economical untuk masa panjang tapi juga membantu kita organize barang-barang di dapur.
- Cabutan bertuah..Free Gift..? Perghhh berlantun-lantun banyaknya. Tu belum kira challenge Stokis, challenge Team, hadiah kereta, hadiah perlancongan..
- Dan yang paling penting dalam masa kita membeli, dapat juga sedikit sebanyak pendapatan sampingan. Betul..? Siapa yang tak nak beli barang yang kita suka lepas tu hujung bulan siap dapat duit lagi... :)

 Bertemu dalam keluarga yang "besar"

Gambar diatas semasa saya join first consultant gathering di stokis ampang. Banyak yang saya belajar disana, Cara buat sales, cara rekrut orang, dan macam-macam lagilah. Siap dapat gift dan cabutan bertuah lagi... :) Sebenarnya anda tak perlu pun join every gathering yang diadakan di stokis. Kalau ada masa turun, tiada paksaan. :) Cuma kalau nak tambah pengetahuan dan dan membina kerjaya dengan tupperware amatlah digalakkan datang. Kalau berminat nak datang SMS jer saya. kita sama-sama datang ya. :). Sebelum terlupa saya ada challenge untuk team saya dan semua consultant yang bakal mendaftar di bawah kendalian saya.. Lihat di sini. Menarik tau.!!

Hadiah lagi..? Isk..Isk.Isk..Terharunya...

Sebab itulah saya katakan dalam tips-tips  "Bagaimana mahu menjadi seorang Director Tupperware" sebelum ini iaitu memilih upline dan Team adalah amat penting. Perkara-perkara manis macam nilah yang akan membuatkan semangat kita membara jika kita ingin jadikannya sebagai kerjaya.

Untuk berjaya kita perlu berada di sekeliling orang yang berjaya.  

Di Team Power kami sentiasa bersama anda. Layanan kami sama rata, tip top dan penuh semangat, tak kira bangsa, agama, peringkat umur, consultant ker.. director ker.. sama saja. :)

Begitulah serba sedikit pengalaman mengapa saya join tupperware. Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat keputusan untuk join sebagai ahli. Kalau join saya sekarang dapat hadiah peribadi lagi dari Team kami. Jangan lupa hubungi saya di 013 331 3918.


4 comments:

  1. as salam..
    sy salah seorang consultan yg baru joint tupperware bulan lepas. masa mula2 nak joint, upline sy janji nk guide sy dalam tupperware ni. tp lain yang jadi. saya tak tahu lgsung dan tak diberi penerangan tentang cara buat biz tupperware ni. disebabkan ingin ubah pendapatan keluarga, saya cuba cari mklumat sndri hingga terjumpa blog ni. million thanks sy ucapkan atas kewujudan blog ni yang banyak membantu saya. harap saya dapat bimbingan drpd awk cara2 nk buat biz ni wpn sy bukan dlm team awk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Syukur kepada Allah.. Semoga semua ilmu disini dapat kita manafaatkan bersama-sama. Pengetahuan untuk di kongsi bersama..Kalau nak bertukar-tukar pandangan pun boleh hubungi saya.. Insyallah... Kita akan sama-sama berjaya. Jumpa di puncak kejayaan yer. :)

      Delete
  2. Sis..nk tanya...sy juga ahli tupperware dan sy masuk bawah kawan saya. Jd sy x kenal siapa upline2 atas kawan saya tu dah x penah di guide dlm tupperwareni. Sy nk tanya..sekiranya ada org yang nk masuk bawah kita. Apa kelebihan kita dapat yer? Sama ada komisen ke point ke..kita ada dapat x?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ... sis thanks info yg bermanfaat. Sy pun join Sbb kwn ... :(

    Mohon share Ye info2 Dr sis

    ReplyDelete