Macamana prestasi anda hari ini.? Saya doakan semoga semuanya berjalan lancar ya. :)
Hari ini saya akan tunjukkan cara- cara mendaftar dan mengunakan twbiznet. Untuk semua consultant saya anda bolehlah mengikuti setiap langkah dalam blog ini satu persatu untuk Log In/Masuk ke twbiznet ini.
Twbiznet nie merupakan website dimana setiap consultant tupperware boleh melihat sales yang telah dibuat disamping untuk keep track family tree. Dengan kata lain melihat prestasi setiap consultant di bawah kendalian kita (downline). Setiap consultant mempunyai access kepada twbiznet ini. Kita boleh layari twbiznet ini di laman www.twbiznet.com.my. Informasi berkenaan jualan pada hari ini akan di paparkan pada keesokkan harinya. Website ini beroperasi dari pukul 10 pagi -12 malam.
Okay Pertama sekali...
Pergi ke laman web twbiznet. Anda semua akan dapat melihat paparan ini.
Untuk yang pertama kali Login. Ikut step ini
1. Masukkan No keahlian anda pada bahagian "Username".
2. Masukkan sekali lagi no keahlian pada bahagian "Password".
3. Clik Butang "Login"
Kedua
Anda akan diminta menukar password anda.
Untuk Current Password : Masukkan sekali lagi ID keahlian anda
New Password : Masukkan password baru pilihan anda. Contohnya. abc123
Confirm Password : Masukkan sekali lagi pilihan password tadi
Click butang "Change Password"
Paparan ini akan keluar.
Anda akan di bawa semula ke paparan pertama tadi. Masukkan ID Keahlian anda semula dan password yang telah di pilih tadi. Click Butang "Login". Anda akan di bawa ke paparan di bawah.
Ini merupakan paparan utama dalam twbiznet. Jangan takut nak gunakannya. Semua informasi dalam twbiznet akan membantu kita dalam merencana dan berstrategi dalam bisnes tupperware. :).
Okay di paparan ini akan di beritahu apa RANK anda setakat ini. MTD Achievements bermaksud Month-To-Date Achievement. Paparan ini akan memberitahu kita summary ringkas mengenai prestasi kita setakat ini. Kita boleh tengok Personal sales kita, team sale kita (downline kita) dan juga komisyen kita setakat ini. :)
Mungkin agak serabut dan terlalu banyak informasi bagi kita untuk yang pertama kali kita melihat website ini. Tapi jangan bimbang. Saya akan tunjukkan hanya 5 paparan sahaja yang anda perlu tahu. Yang lain tu kita boleh explore kemudian.
Yang Pertama
Click pada link "View Profile" di sebelah kiri anda. Paparan yang akan keluar adalah seperti di bawah.
Check semua maklumat dalam bahagian ini. Check ejaan nama betul atau tak dan alamat kita. Sebab nanti bila dapat cheque dari Tupperware Brands Malaysia, nama diatas cek akan ikut seperti maklumat di sini. Check alamat, kerana kad keahlian dan cheque juga akan dihantar ke alamat ini. Yang lain-lain juga check kot-kot salah. Kalau nak kemaskini maklumat anda boleh terus hubungi Call Centre untuk update di 1300 88 5500.
Yang Kedua
Click pada link "My Gen-1,2,3 Sale" di sebelah kiri anda. Paparan yang akan keluar adalah seperti di bawah.
Pada paparan ini anda akan dapat melihat semua prestasi consultant di bawah kendalian anda daripada Generasi 1 sehingga Generasi ke 3. Nama, no keahlian mereka, rank dan juga jumlah semua sale yang dibuat oleh mereka pada bulan tersebut. Anda juga boleh lihat samada keahlian mereka aktif atau tidak.
Kalau A bermaksud Aktif. Jika I bermaksud In-Active. Saya akan terangkan lebih lanjut di post akan datang mengenai perkara ini. Secara ringkasnya keahlian akan menjadi inactive jika tidak cukup retail sales berjumlah RM500 bagi tempoh 6 bulan. Nak aktifkan balik kena buat retail sale sebanyak RM200 dalam satu bil. Yang ni kalau tak paham boleh terus hubungi saya atau SMS di 013 331 3918. Senang kita nak bersembang nanti. :) Yang bukan consultant kendalian saya pun tak apa. Saya layan sebaik-baiknya. Saya akan bantu mana yang termampu. Takda masalah.:)
Yang Ketiga
Click pada link "Commision" di sebelah kiri anda. Paparan yang akan keluar adalah seperti di bawah.
Paparan ini adalah untuk semakan komisyen bagi ahli yang telah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang downline dan telah membuat pembelian di atas ID sendiri sejumlah RM500.
Yang Keempat
Click pada link "Sales & Recruiting History" di sebelah kiri anda. Paparan yang akan keluar adalah seperti di bawah
Pada paparan ini anda boleh melihat jumlah team sale (anda dan downline) dari bulan ke bulan. Anda boleh keep track jumlah total sale yang selama ini anda telah buat. Perlu diingatkan jumlah yang di paparkan adalah Retail Sales dan bukannya selepas diskaun 25% ya.
Dan yang terakhir Paparan Kelima
Click pada link "My Gen-1,2,3 Recruits" di sebelah kiri anda. Paparan yang akan keluar adalah seperti di bawah
Di sini anda boleh melihat maklumat mengenai rekrut bagi generasi 1 sehingga generasi ke 3. Di sini anda boleh melihat samada rekrut anda itu telah menjadi "Qualified Consultant" atau tidak. Jika layak simbol "Y" akan di paparkan dan jika tidak simbol "N". Untuk layak sebagai Qualified Consultant seseorang rekrut perlulah membuat pembelian retail di atas nama sendiri sejumlah RM150 dalam satu bil. Pembelian tersebut perlu di lakukan di dalam bulan dimana ianya di daftarkan. Saya ada terangkan perkara ini dalam post sebelum ini. Sila rujuk di sini.
Okay itu sahaja untuk kali ini. Kepada yang baru mendaftar TAHNIAH saya ucapkan, dan selamat datang ke team saya. Kami akan sentiasa mendekati anda sebaik mungkin dan membantu apa yang termampu, supaya kita sama-sama berjaya dalam bidang ini.
Kepada yang mempunyai sebarang permasalah dan pertanyaan. Jangan malu dan segan. Terus sahaja SMS saya Aini di 013 331 3198. Kepada yang masih belum mendaftar hubungi saya untuk hadiah-hadiah yang misteri yang bakal menanti anda. Jumpa lagi... :)